Monday, September 26, 2011

* the MAGIC dress *

Assalaam alaykom sisters.... buntu bila mahu memilih baju untuk ke majlis? owh.. itu mungkin perkara biasa yang akan difikirkan setiap kali mendapat jemputan ke majlis. Jika anda seorang penggemar fesyen, mungkin lebih mudah! Mungkin lebih kreatif ketika bergaya. Tetapi jika anda seperti saya yang banyak pantang larangnya ketika bergaya... benar kadang buntu padahal tiada siapa pun yang akan menghakiminya. ahaks! Pantangnya tidaklah seberat mana, hanya mahu kelihatan simple dan praktikal tetapi masih lagi mahu dilihat bergaya anggun. hiks!

Last friday, saya perlu menghadiri majlis makan malam perkahwinan. Memandangkan hari bekerja dan akan terus ke sana selepas pulang dari kerja, maka penyelesaian yang paling mudah adalah menyarungkan abaya!!! YES!! Ingat lagi minggu lalu ketika mahu ke majlis perkahwinan mrs Tasnim, saya memakai seluar mengikut perancangan... tetapi bila melihat semuanya dengan tema hitam, maka terus menyarungkan abaya. Tidak sampai 5 minit, MAGIC!!!! mrs Cyana bertukar dari semi formal ke formal wear. hehe. So pastinya koleksi abaya mrs Cyana harus bertambahkan?..{owh, mesej tersirat buat mr sponsor! hiks}

i'm ready!!!
erk.. make up macam takde make up jek. huhu

my favourite shoes makes my day!!

women in black! smile!!!

actually yellow in the morning!
Baju kurung yang dipakai didalam abaya

mrs Cyana in WHITE dress!!!!

taa-daaa...whitey cream on Saturday!!! Jika last week tema black and lilac, this week tema white and brownish. Teringat dua minggu yang lalu berjalan2 dengan miss Kantan mencari baju putih, agak sukar mahu bertemu yang berkenan dihati. Tetapi sesekali terasa seperti sentuhan magic bila mengenakan white dress. erm.. rasa macam pengantin pun ada gak.. ahaks! Chill babe!!!!

Another hectic week... Ya ALLAH, kau permudahkan segala urusan hamba kerdilmu ini. Berikanku semangat dan kekuatan untuk menempuhinya agar ku bisa memberi yang terbaik. Ameen.


No comments:

Post a Comment