Assalaam alaykom... cerita Syawwal baru bermula. Tahun ini giliran menyambut eid mubarak di kampung halaman iaitu di Pulau Mutiara. Memandangkan cuti agak panjang selama 1 minggu, maka perjalanan di rancang sebaiknya. Alhamdullillah, kemeriahan eid masih dirasai walaupun beraya dengan keluarga kecil di sebelah tempat kelahiran mrs Cyana. Eid kali ini, keluarga sebelah hubby Moose semuanya pulang beraya bersama keluarga mentua masing2, ada di Kelantan, Penang, Ampang dan paling jauh di Mesir. Jika tahun lalu the Wayfarers semuanya dapat berkumpul bersama2, tahun ini kami hanya melayan gambar dan kiriman eid sahaja. Semoga kalian semua menyambut eid mubarak dalam suasana yang tenang dan gembira seperti kami jua.
Pagi Syawwal yang damai dengan cuaca sedikit sejuk nyaman sekali, kami ke Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru untuk menunaikan solat sunat Eidulfitri. Yang pasti majoriti jemaah di sini adalah warga Indonesia dan Bangladesh, warga tempatan hanya beberapa persen sahaja. opps! Okay.. layan pic Syawwal ya..
























Gembira hati dapat bersama keluarga di pagi Syawwal. Bersyukur kami masih lagi dapat bersama meraikan Eid Mubarak 1432H dengan ABAH & MAMA yang masih lagi diberi kesihatan yang baik walaupun sudah meniti usia warga emas. Kegembiraan di wajah mereka pabila menyambut anak2 pulang beraya sudah cukup buat kami tersenyum jua. Semoga dapat lagi kita bersama pada Syawwal yang akan datang. InshaALLAH. May blessings of ALLAH be with you and your families too. Thank You ALLAH!!
makkkkk...ur hubs suda semakin cihat laa...ke picca nie di'edit pendeq??hehe*
ReplyDeletecK... jawab abam mus dia mkn banyak sbb tu makin sehat. akak pakai kasut tinggi tu...sbb tu melepasi bahu. ahaks
ReplyDeletesip
ReplyDelete