Friday, September 2, 2011

* 2 Syawwal Eid Mubarak *

Salaam Syawwal kedua.. hari ini tidak banyak aktiviti selain mengemas rumah di sebelah pagi dan menziarah rumah sahabat dan saudara mara di sebelah petang harinya. Kami beraya ke rumah mr Rul Amin a.k.a sahabat photog tegar di FB. hiks! Selepas itu terus ke Kulim untuk sambung beraya di rumah saudara mara dan ke rumah brother Syam Yakin & Cik Apple. Memandangkan hanya berteman mr Niko tanpa flash.. maka sempat shoot pic di petang hari saja.

we're in grey...smile!

my hubby Moose in pose.. hehe.
we all ke rumah brother Joe di Taman Jade View

pose bersama tuan rumah a.k.a mr Rul Amin sebelum masuk ke dalam rumah. hehe

with sister Kayna & brother Ali Nawfal yang turut beraya di Penang

Pose di Gelugur Kampung House sebelum beransur pulang.
Sekurangnya masih ada lagi tanah kampung di dalam pulau tercinta.
Happy EID Mubarak.


No comments:

Post a Comment