Date: 24th September 2011
Location: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Shah Alam
Assalaam alaykom... sekali lagi bersiaran dari Majlis Bertandang sista Nurtasnim dan brother Aimanuddin yang diadakan di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor Shah Alam. Dewan dihias indah dengan warna gold brown dan majlis yang disambut meriah dengan kehadiran saudara mara dan kenalan rapat. Tidak kurang hebatnya terasa seperti aura menghadiri konsert kerna penuh dengan persembahan dari kenalan pengantin lelaki yang juga pencinta seni muzik. hmm. Kami berbesar hati pabila Ibu Hayati a.k.a groom's mother yang berharap agar the Wayfarers menguruskan aturcara majlis anak keduanya yang juga merupakan kenalan rapat brother Awez. Cabarannya bermula pabila sista Tasnim turut mendapatkan khidmat the Wayfarers, maka saya selaku 'Reception Coordinator' perlu mengaturkan aturcara supaya dapat memenuhi kehendak pengantin yang mahu majlisnya penuh dengan pengisian persembahan. Cabarannya pastinya menyusun elemen2 teknikal. Namun yang menariknya semua artis adalah sahabat-sahabat pengantin sendiri. hmm.

Majlis Bertandang ini diadakan di siang hari bermula jam 12 tengahari sehingga jam 5 petang. Pengantin segak dengan persalinan baju Melayu berwarna kuning disambut paluan kompang, masuk ke dewan diiringi petikan piano oleh sista Fatin dan ditemani keluarga pengantin perempuan yang sedondon berwarna biru turquise. owh.. memandangkan gambar yang banyak, maka saya pecahkan cerita majlis ini kepada beberapa segmen. Mari layan cerita majlis perkahwinan yang mana tetamu turut dihidangkan dengan laksa yang dimasak sendiri oleh brother Amirol, adik lelaki pengantin yang rupanya chef berbakat menyanyi. hehe

Beautiful weddin'. Simple dan penuh dengan pengisian aturcara. Selain tetamu dihiburkan dengan persembahan multimedia, kami juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari ramai anak2 muda yang berbakat besar dalam bidang seni. Semoga pasangan pengantin bergembira setelah semua majlis yang dirancang selesai dengan jayanya. Selaku wakil dari the Wayfarers, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami mengendalikan majlis dan semoga kalian berpuas hati dan semoga kita bertemu lagi di lain masa. InshaALLAH.
mabruk to brother Aiman & sista Tasnim
Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair.

No comments:
Post a Comment