Assalaam alaykom... menjelang Syawwal ketiga, kami di rumah agak sibuk kerna MAMA & ABAH mengadakan Open House. Actually setiap tahun MAMA akan masak untuk tetamu pada raya pertama, cuma masa itu atau lebih tepat lagi ketika dulu tiada istilah Open House di Penang, cuma lebih kepada menanti ketibaan saudara mara. Dan kebiasaannya Open House di kediaman kami akan bermula seawal jam tengahari, berakhir ke tengah malam. Kebiasaannya juga keletihan amat terasa kerna seharian melayan tetamu...bukan seperti di KL, kalau Open House ada yang menempah makanan... di Penang semuanya di masak sendiri. hmm.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini {owh..sejak anak bongsunya berkawen}, MAMA menukar jadual Open House diadakan pada Syawwal Ketiga kerna di rumah tiada pembantu, hanya dibantu chef Johari dan asistantnya mrs Cyana a.k.a tukang cuci pinggan. Nak guna pinggan plastik? No-Way!!! Soo.. memang tugas pembantu tetap seorang di dapur mencuci pinggan mangguk gelas periuk kuali.. huhu. Lucky me ada hubby Moose yang ringan tulang membantu di dapur. {Bila saya nak dapat semangat masak ala2 MAMA yang lauk pauknya bertray?... averange hidangan untuk 100 tetamu. huhu}. Tahun ini menunya di kira simple iaitu Nasi Putih, kari kepala ikan, sotong sambal, ikan talapia masak merah, ulam dan sambal belacan, ikan goreng, ikan gelama masin, ayam goreng rempah dan bihun sup ayam. {kalau saya simple tu bihun goreng jek.. hehe}. okay... jom layan gmbo yang dipetik dari mr N7 and mrs iphone..









Tahniah to chef Pak Joe yang berjaya menggoreng 12 ekor ayam untuk hari raya.














Terima kasih kepada saudara mara, rakan2 jauh dan dekat yang sudi hadir memeriahkan Open House di kediaman MAMA & ABAH di Bayan Baru, Penang. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus mekar selamanya. InshaAllah.
p/s: Maaf juga kepada rakan2 yang lain tak sempat saya hadiri mana2 re-union {SKSA dan Bukit Gedung's Girls} kerna masa agak suntuk terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Miss you ALL.
p/s: Maaf juga kepada rakan2 yang lain tak sempat saya hadiri mana2 re-union {SKSA dan Bukit Gedung's Girls} kerna masa agak suntuk terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Miss you ALL.
No comments:
Post a Comment