* my lil' THOUGHT *
'tangan yang memberi lebih baik dari menerima'
Assalaam alaykom... status sedang menunggu hubby Moose yang mungkin sedang enak melayari jem di petang Jumaat. Akibatnya... mrs Cyana yang menjadi penunggu setia di ofis. huhu. Lucky me...bukan kerna urusan kerja, else beliau akan dijemput dengan muka mencuka. Kerna hubby Moose tahu bila waktu kerja harus tepat, harus bersedia lebih awal agar keadaan tidak kacau bilau dek kerna kelewatan sendiri. Bak kata "Jika tahu jalan itu yang hari2 kamu lalui adalah jem!! maka apa yang perlu kamu buat adalah mencari alternatif lain atau keluar rumah lebih awal." enough! Sedang klik2 disana dan disini, terdetik seketika untuk tersenyum bila membaca kata-kata mantan YDP.... "Dalam melaksanakan aktiviti dan program Kelab, AJK akan menerima banyak cabaran dan kritikan dari banyak pihak. Jadikanlah semua ini sebagai pengalaman dan carilah hikmah disebalik setiap kejadian untuk mematangkan fikiran kita agar kita dapat menjadi orang yang lebih baik di masa depan. Mustahil kita nak bahagiakan semua orang dalam satu masa. Pasti akan ada yang sentiasa mencari kesilapan dan kekurangan kta. Banyakkan bersabar dan betulkan niat kita buat semua ini ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah SWT."Beliau seorang yang saya kagumi dari segi pengurusan kerjanya. Cara beliau memberi nasihat dan tunjuk ajar amat berguna. Orangnya ringkas, bersopan-santun dan cool sahaja. Walaupun dilihat karektor yang 'skema'.. oppps!! tetapi pabila mengenalinya, banyak ilmu yang dapat saya pelajari. Alhamdullillah. Bermula dengan kerajinannya yang jarang menolak ke jemputan mesyuarat tender.. kemudian menjadi mr Boss kelab dan kini walau menjadi secondman dalam kelab, saya masih lagi merujuk pendapatnya. Memetik kata2nya, benar itulah cabaran utama dalam menerajui sesebuah bahtera. Tidak kira kecil atau besar, yang penting adalah niat dan pengalaman untuk kita terus cekal mengemudinya. hmm. Saya juga dalam fasa pembelajaran, masih banyak yang perlu belajar, saya bersikap "Open-Minded" untuk menerima semua teguran. Yang baik dijadikan ikutan, yang buruk biarlah dijadikan sempadan.. {eh! sempadan benua mane nie? hehe}. Kerna untuk menjadi seorang yang berjaya tidak semestinya KAYA. Yang penting kaya pengetahuan dunia akhirat, kaya jatidiri, kaya dengan budi bahasa, kaya kasih sayang, kaya dengan senyuman walaupun kadang teguran itu bisa mengguriskan hati. Seperti kata pepatah lama 'tangan yang memberi lebih baik dari menerima', atau kata pepatah baru 'bagus lagi orang yang bekerja tetapi dikritik, dari orang yang memberi kritikan tanpa sumbangan'. SMILE!
betul tu cyana. Kaya dunia semata bukan jaminan.
ReplyDeleteKak Yan,
ReplyDeletesetuju. kekayaan hanya didunia yang sementara.