Sunday, September 18, 2011

* pity SALESBOY *

Assalaam alaykom... pernahkah anda mendengar ungkapan "Customer is always right"? hmm. Indah sahaja rasanya bila kita yang menjadi pelanggan! Namun walau terkadang perit bila kita menjadi penjual, itu adalah hakikat yang perlu diterima. Untuk menjaga perniagaan agar terus berkembang lama, sebagai seorang peniaga anda perlulah sentiasa bersabar melayan kerenah pelanggan walau sesekali mungkin membuat darah anda menaik setinggi gunung berapi. hmm.

Rumusan ceritanya petang tadi saya ke kedai kasut di Plaza Alam Sentral {lucky me tak sampai nak hafal nama kedai tu, tetapi lokasinya di tingkat 1 sebelah Optimo---> erm sesiapa yang biasa ke PAS pasti tahu kedai yang dimaksudkan} Kedai kasut tu adalah salah satu kedai kegemaran saya kerna banyak koleksi 'flat shoes'. Hari ini, saya dilayan seorang 'SALESBOY' yang wajahnya masih muda dan rasanya baru mula bekerja. Kebiasaaannya kedai tersebut mempunyai 2 atau 3 jurujual, hari ini ''SALESBOY' seorang sahaja.

Setelah 10 minit memilih itu dan ini {biasalah orang perempuan, mata rambang...semuanya mahukan?}, akhirnya memilih satu flower lilac shoes, satu lilac handbag, and satu black button shoes. Masalahnya timbul bilamana black button shoes adalah 'stok terakhir' dan 'tiada tag'. Kata 'SALESBOY' kasut tersebut tidak bisa dijual kerna 'tidak tahu kod'. hmm.

Ringkasannya seperti dialog tertera...

Cyana: Adik tak boleh cari kod kasut hitam nie? Pasti ada. Rugila customer nak beli tapi awak tak boleh jual.
Salesboy: Akak pernah kerja kedai kasut ker? {dgn nada yang sedikit memerli pelanggan.}
Cyana: Tak pernah. Tapi sure la ada kod, sebab yang lain sudah jual.
Salesboy: Kasut nie scan pakai komputer. Mana saya tahu. {alasan bodoh! Saya basic programmer kot..system tu pun saya boleh buat lah!}
Salesboy: Kasut nie datang sedozen kak. Yang lain dah habis tinggal yang nie jek.
Cyana: Kalau dah datang sedozen, lagi sebelas dah jual...sure la ada kod. Cuba cek dengan supervisor ker? {salesboy kononnya mengeluarkan handphone dan berjalan masuk ke stor}

Then suddenly terdengar dentuman berkali2...What he did? Rupanya SALESBOY sedang menendang pintu stor!!! grr!!!!

Cyana: Takpe la dik. Kalau nak marah2, akak tak jadi beli SEMUANYA!!! {padan muka!}

SALESBOY yang tiada pengalaman handle pelanggan! Perkara semudah itu pun tak bisa nak uruskan. Walaupun saya bukanlah pembeli tegar tetapi saya jenis yang setia dengan kedai2 favourite, pasti saya akan berulang kali shopping disitu. Tetapi mungkin tidak lagi saya akan ke kedai tersebut. Pity SALESBOY!!!...silalah tauke kedai memilih pekerja yang lebih peka pelanggan. enough said!

Lucky me ada pic favourite nie untuk tenangkan jiwa. hehe.
Sedondon warna dengan miss Kantan.
{dah ada rakan posing dalam lif!!! yeay!}

No comments:

Post a Comment