Date: 24th September 2011Location: Dewan Ar-Rahah, Seksyen 7 Shah Alam
Assalaam alaykom.... penutup sambutan majlis jamuan eidulfitr saya sudahi dengan menghadiri Majlis Sambutan Eidulfitr Persatuan Penduduk RSSB, Seksyen 7 Shah Alam yang diadakan di Dewan Ar-Rahah iaitu dewan milik penaung RSSB, Dato' Seri Hj Mohd Zin. Memandangkan ramai yang menerima jemputan ke beberapa majlis yang berlainan, jemputan agak berkurangan tahun ini tetapi masih penuh dewan yang mana dengan tambahan anak2 yatim dan ibu2 tunggal yang dibawa dari sekitar Shah Alam turut memeriahkan majlis.
Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan oleh pengacara majlis, Pn Zaiton diikuti bacaan doa oleh brother Muawwidz Al Ansori Dzulkefly. Seterusnya tuan Pengerusi Persatuan Penduduk RSSB, Tan Sri A.Rahman Omar memberi ucapan aluan dan meneruskan majlis dengan menyampaikan buah tangan dan duit raya untuk anak2 yatim dan ibu2 tunggal. Makanan yang dihidangkan juga lazat seperti kambing panggang, char koay teow, nasi goreng, tauhu sumbat, sotong kangkong, sate, cendol dan lain2.
Acara diteruskan dengan persembahan dari the Wayfarers yang dihadiri oleh IBU Lin yang membaca sajak diikuti brother Muawwidz menyampaikan lagu Kasih Antara Dua Jari. Kemudian anak menantu IBU yang juga mewakili Wayfarers iaitu mrs Cyana dan sista Fateyn mengendalikan kuiz untuk kanak2 dan remaja. Bak kata anak2 IBU semuanya bisa menyanyi...anak2 menantu pula lebih kepada jurucakap kerna we all memang terkenal dengan sifat peramah dan suka bercakap. ahaks!
sweet for kids
kanak2 paling gembira...datang pun dapat banyak hadiah
geng remaja lelaki yang rawk!
pengerusi sedang melayan tetamu
IBU dan Datin Rohani...our neighbour yang sangat baik hati
sempat bergambar sebelum majlis bermula
sista Fateyn and brother Awez
the backdrop by hubby Moose
our table
the tentative
bacaan doa oleh brother Muawwidz
Aunty Yan and family
Dato' Seri Hj Mohd Zin , penaung Persatuan Penduduk RSSB Seksyen 7 Shah Alam
Pengerusi Persatuan Penduduk RSSB, Tan Sri A.Rahman Omar menyampaikan ucapan
sumbangan buat anak2 yatim
sumbangan untuk ibu2 tunggal
nyum nyum... sotong kangkong
tauhu sumbat
buah-buahan yang disusun cantik
brother Muawwidz sedang menyampaikan lagu khas buat anak2 yatim
games show!
peserta paling cilik namanya Mikhail. cute sangat!!!!
peserta remaja sedang menjawab soalan
happy sangat sebab jawapan boleh diminta jawapan objektif secara spontan
peserta dengan hadiah2
best!! semua peserta sportin'
memandang semalam birthday Datin Rohani, maka saya memanggilnya naik ke pentas
ramai2 menyanyikan lagu birthday buat wanita yang aktif berpersatuan ini
kemudian ada cabutan bertuah untuk setiap penghuni rumah yang hadir
sebelum mendapat hadiah, peserta perlu menjawab soalan
IBU turut bertuah mendapat hadiah
Biro Wanita RSSB yang aktif
happy faces!!!! Ibu2 yang semuanya mesra dan sportin'
the Wayfarers turut bergambar sebelum pulang. Alhamdullillah selesai tugasan Sabtu dengan jayanya. Siang hari memastikan kelancaran majlis mengikut perancangan, malam hari mengacara untuk permainan kuiz. erm... rasanya tugas mengacara lebih mudah kali ini setelah agak biasa dengan tugasan pentas. Walaupun kepenatan namun saya gembira kerna dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Syukran ALLAH.