Saturday, January 25, 2014

* the shine Sunflower *

Assalaam alaykom... teruja bila mana satu pagi melihat deretan bunga matahari di persimpangan jalan di Jalan Kia Peng iaitu antara simpang Aquaria KLCC dan Menara Kia Peng. Maka aktiviti tambahan mrs Cyana adalah merakam gambo bunga matahari setiap pagi. Kuntum mana yang mahu mekar, kuntum mana yang layu dan kuntum mana yang sedang dihisap madunya oleh sang lebah setiap pagi. 

Kenapa mrs Cyana sangat teruja dengan bunga matahari adalah kerna bunga matahari adalah bunga kegemaran walaupun sebenarnya saya bukanlah peminat warna kuning. Namun dek kerna dari zaman remaja, jika melukis pastinya simbolik bunga matahari. Hinggakan sekarang trademark bunga matahari masih sebati dengan saya. Alangkah indah pagi kerna jika sebelum ini hanya sesekali melihat bunga matahari... kini saya bisa menyentuh dan merasai keceriaannya. sweet!! 

so shine my sunflower!! you shine my sweet day!!

the bee and sunflower

the bee, the sunflower and the butterfly ME

I will always lurve you sunflower!

Sing a song Matahariku!

No comments:

Post a Comment