Thursday, January 2, 2014

* Rezki | Twenty Fourteen *

Assalaam alaykom... pertama sekali syukur ke hadrat Illahi yang mengurniakan keluarga besar the Wayfarers seorang lagi puteri Umayra al-Humaira, anakanda kelima kepada sista Iman dan brother Syah yang dilahirkan pada tanggal 2hb Januari 2013 jam 10:35 pagi di Hospital Ampang Putri, Ampang. Syukur juga kerna kami diberi kesempatan masa meraikan hari ulang tahun AYAH walaupun hanya dengan sesi makan malam bersama. Berada dalam keluarga besar yang agak aktif dan agresif adalah sesuatu cabaran juga kerna kami sesama sendiri cuba memahami kesibukan semasa namun lebih sukar untuk memberi orang lain faham situasi bagaimana bila mana setiap ahli keluarga kami mempunyai lumrah separuh jiwa kepada masyarakat. Namun bagi keluarga the Wayfarers adalah dialog biasa jika ditanya "Program apa minggu ini?" kerna masing-masing bukan sahaja akan menjadi peserta tetapi menjadi individu di sebalik takbir program.

Happy Birthday to AYAH! Semoga AYAH tetap tegar menyumbang idea dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. owh.. semakin runsing juga bila mana kebelakangan ini banyak pula para ulama yang memberi kenyataan yang bisa membuat hamba yang celik ilmu ini juga turut bertanya... apakah benar begitu? adakah benar begini? hmm. Semoga ALLAH swt terus memberi hidayah dan petunjuk kepada umatnya. Ameen. 

 
 khat yang sangat cantik buat AYAH

 kek untuk AYAH


mild peri-peri for me! nyummy!

simple birthday celebration untuk AYAH

gambo pada tengah malam tahun baru masihi 2014 yang mana ketika ini sista Iman baru sahaja masuk ke bilik bersalin. Tahniah for your newborn sista!

and all the best for lil' Aiman and lil' Uzayr yang masuk ke tahun satu dan lil' Rayqal yang masuk ke tadika. Selamat melangkah ke alam persekolahan. 

Happy New Year 2014!!!!


No comments:

Post a Comment