Saturday, January 18, 2014

* One Day @ Changkat Lada *

Assalaam alaykom... hari Rabu bersamaan 15 Januari 2014, mrs Tender dan miss Tender ditugaskan menghadiri mesyuarat di Wilayah 2 iaitu di KBB Changkat Lada. Untuk rekod ini adalah lawatan rasmi pertama ke KBB tersebut namun kali kedua berkunjung ke kawasan Teluk Intan. Seawal pagi kami bertolak dari Shah Alam menuju ke tol Bidor untuk bertemu dengan seorang lagi rakan sekerja yang turut sama menghadiri mesyuarat berkaitan pelupusan aset. Keberadaan team tender pastinya berkaitan rapat dengan prosedur pelupusan melalui kaedah tender. Apa yang pasti, prosedur dan Had Kuasa Melulus itu tidak rengang dengn kami kerna team perolehan bertindak sebagai kamus bergerak selain memberi definisi, perlu juga mengetahui things to do and what you cant do. hmm.. 

Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam setengah dan agak lewat sampai di lokasi. Lucky us warga kerja disana sangat bersabar menanti kami. Maaf ya kerna kesesakan lalu lintas membuatkan kami terlewat hampir satu jam. huhu. Selepas mesyuarat, kami dibawa ke kedai makan berhampiran yang terletak di daerah Seberang Perak. Sebelum pulang, singgah sebentar di Menara Condong Teluk Intan untuk merakam gambo kenangan. hiks. 

Alhamdullillah selamat sampai di Kuala Lumpur semula sebelum Maghrib. Agak letih juga bila mana seharian dalam perjalanan yang lebih lama dari masa menghadiri mesyuarat. hmm. 

permandangan menuju ke Negeri Perak

dari Shah Alam kami melalui Guthrie. 
Nampaknya di jalan masuk ke Shah Alam juga teruk sesaknya

pose for 3G!
kami hanya sempat minum susu

melalui Sungai Perak

terdapat gerai-gerai di tepi jalan


KBB Changkat Lada

kami dijamu dengan kek dan minuman

masa mesyuarat

mr Azmi... orang kuat team pelupusan

antara warga KBB yang hadir

that's us in smile

wahhh!! banyaknya lauk

ikan patin juga ada

lunch tyme

smile for mr IP5

my food

bubur kacang durian diberi percuma

suasana di Seberang Perak

mrs Tender and miss Tender


mrs Tender at Menara Condong Teluk Intan

teh ais menghilangkan dahaga

singgah di Lake Field Sungai Besi bertemu hubby Moose

permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam

permandangan di Shah Alam disinari bulan terang

Semoga apa yang dirancang akan membuah hasil dan berjalan lancar. InshaAllah. Good Nite.

No comments:

Post a Comment