Sunday, January 26, 2014

* ohh CUTIE puff... melting! *

Hello CUTIE puff!

Assalaam alaykom... bersantai di hujung minggu jika dapat menikmati cutie caramel puff pasti enak! Tiba-tiba tekak diserang mengidam akan cutie puff yang sangat comel dengan dua kali gigit sahaja cair di mulut. Tetapi pasti lebih enak jika puffy dihidang bersama teh tarik ais.. hehe. Sebelum kembali ke meja karangan kertas kerja, lebih baik mengarang di blog yang tiada halangan mahu menulis apa sahaja. hehe. Bezanya pabila mengarang kertas kerja pastinya lebih skema menggunakan bahasa buku dan perlu melalui pelbagai peringkat kelulusan. Di sini pula saya bebas bersuara seperti mana rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi. erm... agar demokrasi akan terus stabil dan bukannya dibentuk menjadi demokrasi terpimpin. owh! saya dibesarkan dengan cerita filem Hindustan dan karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, hampir sebahagian besar karya beliau telah ditonton berkali-kali tanpa jemu dan hinggakan dialog juga bisa dihafal. Dan dalam tidak sedar dialog yang diungkap beberapa tahun dahulu adalah relevan dan telah berlaku pada masa kini seolah-olah ianya dijangka akan berlaku. hmm. 

Lucu namun itulah realiti. 
Anyway... can I have cutie puff!! nyummy! 
I miss u cutie puff!!! Sooo melting!


No comments:

Post a Comment