Sunday, January 26, 2014

* the relaxin' Sunday *

Assalaam alaykom... I'm back again! Mood berceloteh itu lebih tinggi dari mood mahu membuat kerja. Agaknya jika buat kerja di luar ofis adakah akan dihargai pengorbanan masa? atau jika tiba masa pengurusan mahu mengurangkan staf, saya dahulu yang akan dipangkahnya. hiks. Nyaman pada waktu hujung hujung minggu dengan cuaca mendung dan tidak terlalu panas. Kebelakangan ini berlakunya perubahan paksi bumi yang mana beberapa kawasan di Malaysia turut sama terkena tempias menjadi suhu lebih sejuk dari biasa. oh.. misi minggu ini adalah turun padang membeli barangan dapur... bak kata jika hobi suka shopping dapat beli barangan dapur juga hati gembira. ahaks. 

Semalam bersama hubby Moose pergi melawat Setia City Mall dan hari minggu wifey yang rajin bab pergi ke Giant Hypermarket atau ianya di rujuk sebagai pasar untuk saya membeli barangan dapur. ohh...pastinya lebih teruja shoppin' berpandukan senarai 'things to buy'.... lebih semangat lagi kerna di Giant Seksyen 13 terdapat gerai yang menjual teh ais kegemaran mrs Cyana. wink! wink!

 sunday morning

 masa untuk membeli-belah

my brunch nasi lemak ayam goreng nyaman dengan teh ais

 
 tyme to go home

 must stop station... deretan kedai di Seksyen 2 Shah Alam

and cookin' tyme. 
Misi hari ini adalah menggoreng bihun kegemaran hubby Moose

okay...stop bloggin'! 
masa untuk menghidangkan minuman petang. 
Happy eatin' everyone!!! 

* ohh CUTIE puff... melting! *

Hello CUTIE puff!

Assalaam alaykom... bersantai di hujung minggu jika dapat menikmati cutie caramel puff pasti enak! Tiba-tiba tekak diserang mengidam akan cutie puff yang sangat comel dengan dua kali gigit sahaja cair di mulut. Tetapi pasti lebih enak jika puffy dihidang bersama teh tarik ais.. hehe. Sebelum kembali ke meja karangan kertas kerja, lebih baik mengarang di blog yang tiada halangan mahu menulis apa sahaja. hehe. Bezanya pabila mengarang kertas kerja pastinya lebih skema menggunakan bahasa buku dan perlu melalui pelbagai peringkat kelulusan. Di sini pula saya bebas bersuara seperti mana rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi. erm... agar demokrasi akan terus stabil dan bukannya dibentuk menjadi demokrasi terpimpin. owh! saya dibesarkan dengan cerita filem Hindustan dan karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, hampir sebahagian besar karya beliau telah ditonton berkali-kali tanpa jemu dan hinggakan dialog juga bisa dihafal. Dan dalam tidak sedar dialog yang diungkap beberapa tahun dahulu adalah relevan dan telah berlaku pada masa kini seolah-olah ianya dijangka akan berlaku. hmm. 

Lucu namun itulah realiti. 
Anyway... can I have cutie puff!! nyummy! 
I miss u cutie puff!!! Sooo melting!


Saturday, January 25, 2014

* stability *

the stability of mr IP5

Assalam alaykom sisters.... owh, bila hashtag bersama selfie dalam erti kata lain mengambil gambo sendiri tanpa bantuan pihak kedua. Mungkin lebih mudah tersenyum sendirian daripada gambo dirakam oleh seseorang yang tidak dikenali. Kerna itu chemistry antara model dengan jurugambar adalah penting agar espresi wajah yang terhasil kelihatan natural dan senyuman lebih ikhlas. Walaupun saya seorang yang suka mengambil gambo.. akan tetapi saya akan bersama senyuman pasti bergegar jika berdepan dengan jurugambar yang tidak dikenali atau ketika mengambil gambo ramai orang sekeliling memandang. hehe. A lil' tips untuk mengambil gambo adalah pencahayaan harus mencukupi dan ketika memegang kamera, tangan mestilah genggam erat kamera tersebut... itu yang dinamakan pegangan stabil agar gambo terhasil tiada gegaran. Dan untuk menghasilkan gambo yang sharp, focus point hendaklah set di atas imej tersebut sebelum gambo dirakam. Dan yang paling penting, mesti rajin. Rajin itu dalam erti kata lain rajin melatih jari jemari memetik kamera. Itu juga sebenarnya bergantung pada minat individu. Yang pasti sepanjang bersama mr IP5, ianya masih belum mengecewakan kerna fungsi kamera yang mantop, pixel sharp dan jelas serta saiz yang sedang senang untuk di pegang. 

owh... bercerita tentang 'stability', teringkat tentang ekonomi semasa yang mana rata-rata mengalami kenaikan harga namun kelakar juga pabila mendengar perbualan antara peniaga yang telah ditemuramah melalui media yang membuat liputan tentang kenaikan harga. Ringkasan dialog seperti berikut:-

wartawan: Kakak naikkan harga makanan? 
Peniaga: Setakat ini ada sesetengah lauk yang saya naikkan harga. 
wartawan: Kenapa akak naikkan harga?
Peniaga: Barang-barang mentah di pasar semuanya naik harga, macam mana akak nak turunkan harga? 

Pengamatan saya di Foodcourt Seksyen 2 Shah Alam yang majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar yang mana saya berkunjung ke gerai yang sama telah menaikkan harga ayam goreng seketul ke RM2.50 yang mana itu adalah harga semasa yang masih dalam kategori murah. Itu baru ayam seketul, namun terfikirkah kita harga makanan tersebut mungkin mahal kerna peniaga sebenarnya perlu menampung kos sewa gerai, bil air, bil elektrik, kos minyak, kos tenaga kerja dan lain-lain. Sepatutnya wartawan perlu memantau restoran yang besar kerna harga yang kadang kala tidak masuk akal juga ditambah dengan cukai perkhidmatan lagi. hmm. 

Paling mudah ada sebahagian kedai tidak menaikkan harga makanan namun bahagian makanan dikecilkan seperti ayam seekor dahulu di potong kepada 10 bahagian kini kepada 12 bahagian atau mangkuk menghidang makanan lebih kecil tetapi harga tetapi sama. Oleh itu tiada kenaikan harga bukan? hehe. 

Selepas dilanda pelbagai kenaikan harga... diwar-warkan pula berita pemberian bantuan BRIM 3.0. owh kesimpulannya ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan kerajaan sangat prihatin dengan kesusahan rakyatnya bukan? wink! wink!

* the shine Sunflower *

Assalaam alaykom... teruja bila mana satu pagi melihat deretan bunga matahari di persimpangan jalan di Jalan Kia Peng iaitu antara simpang Aquaria KLCC dan Menara Kia Peng. Maka aktiviti tambahan mrs Cyana adalah merakam gambo bunga matahari setiap pagi. Kuntum mana yang mahu mekar, kuntum mana yang layu dan kuntum mana yang sedang dihisap madunya oleh sang lebah setiap pagi. 

Kenapa mrs Cyana sangat teruja dengan bunga matahari adalah kerna bunga matahari adalah bunga kegemaran walaupun sebenarnya saya bukanlah peminat warna kuning. Namun dek kerna dari zaman remaja, jika melukis pastinya simbolik bunga matahari. Hinggakan sekarang trademark bunga matahari masih sebati dengan saya. Alangkah indah pagi kerna jika sebelum ini hanya sesekali melihat bunga matahari... kini saya bisa menyentuh dan merasai keceriaannya. sweet!! 

so shine my sunflower!! you shine my sweet day!!

the bee and sunflower

the bee, the sunflower and the butterfly ME

I will always lurve you sunflower!

Sing a song Matahariku!

Sunday, January 19, 2014

* Weekends @ Setia City Mall *

Assalaam alaykom... menghabiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti kegemaran kerna mr Moose turun padang sibuk dengan kerja kawen maka mrs Cyana turut sibuk melawat kawasan di Setia City Mall or SCM. hiks! Sabtu bersamaan 18 Jan melawat kedai baju bersama miss Amilia, Ahad bersamaan 19 Jan memboling di Wangsa Bowls bersama mrs Julia. Apa yang penting kedai wajib yang perlu dikunjungi kerna teh ais iaitu Teh Tarik Place. nyummy!

owh... lebih teruja kerna sesi bowling di penuhi dengan gambo walaupun balingan hari ini lebih ke laut merah semerah Converse mrs Cyana. ahaks! So tak sabar rasanya bercuti lagi kerna bisa window shoppin' dan kemudian melayan teh ais.

Credit to mr Nuriffin for all the awesome bowling pics!

 lovely scenery on Sunday 

 teh ais for buddies

eggs for breakfast

the shoes in pose
 mrs Julia membaling dengan penuh gaya

 
 lil' Danish juga turut sama main bowling

 
 sesi santai sambil melayan lil' Danish yang bersemangat main bowling

 
 cabaran untuk lil' Danish kerna lane di Wangsa Bowl tiada pagar

the steps
 
 the center point

 
 
 gaya spare in pose!

 
lovely moment captured
 
 yeah!!!

 smile for the day!

  big smile for lovely bonding tyme with tea ice

 mee goreng mamak untuk makan petang

and laksa utara for makan buddies..oppss!

Happy ME with selfie reflection pose!!! 
Good Nite! Sweet Dreams!

* Black OR White *

Black OR WHITE?
It's just typical ME! 

Assalaam alaykom... jika dalam programming language OR itu merujuk kepada ATAU dengan simbolnya '|' ... maka pabila berdepan dengan ATAU anda bisa memilih yang mana satu atau salah satu kriteria sudah dianggap memenuhi permintaan. Begitu juga dengan hal iklan notis tawaran tender yang mana kebiasaan akan melihat ATAU pada syarat Kod Bidang. Jika ATAU lebih fleksibel berbanding DAN dengan simbolnya '&&'. Saya sendiri menghadapi kesukaran untuk memilih contohnya sama ada Putih ATAU Hitam yang mana kebarangkalian tinggi pilihan terakhir adalah Hitam. hehe. Tiba-tiba teringatkan kisah sandals hitam yang putus pada 20hb Disember 2013 dan hari ini 19hb Januari 2014 iaitu hampir genap sebulan, mrs Cyana masih tidak mampu mengganti sandals baru dek kerna belum bertemu pattern kegemaran atau lebih sesuai sandals sama pattern berwarna hitam. hiks. 

I am so cerewet! Yes I am! Nak beli sandals juga banyak pantang larangnya. btw saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet.. apa yang penting memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu alah membeli sesuatu biarlah bisa memuaskan hati pemiliknya bukan? ahaks. Simple apa yang saya mahu hanyalah seperti berikut:-
i. sandals crocs atau sandals yang simple pattern seakannya;
ii. ringan dan mempunyai penahan ditengahnya;
iii. tahan lasak kerna kadang saya menggunakannya ketika merakam gambo... hehe;
iv. harga yang berpatutan dengan kualiti setandingnya;
v. Black or White? erm... setakat survey tiada black crocs dengan pattern yang diminati....maka mrs Cyana harus consider White crocs; dan
vi. Bajet pembelian belum diluluskan... ahaks! {so senarai berangan melebihi jangkauan.. hiks}

well well.... I should consider WHITE too! Jika dahulunya saya alah dengan White... kini mrs Cyana lebih berwarna-warni seperti pelangi warna basic. hehe. lil' whitey stuffs make me happy too. But I still want Black sandals! wink! wink! 

Saturday, January 18, 2014

* No CHEAP Menu! *

Assalaam alaykom... siaran berita di TV majoritinya berkisar tentang kenaikan harga. Kebanyakan barang keperluan harian naik dan nampak gayanya akan terus meningkat naik jarang pula penurunan harga kecuali 'kangkong' seperti berita hit dewasa ini yang mana turun harga. erm.. baguslah jika 'kangkong' turun harga kerna itu adalah sayur kegemaran saya. Semenjak menetap di Shah Alam, saya hanya pernah membeli 'kangkong' beberapa kali sahaja di Giant Supermarket dengan harga 99 sen seikat. Itupun harga beberapa tahun yang lalu dan jika dilihat orang kampung ternyata diketawakan kerna 'kangkong' yang dijual di Giant itu daunnya sangat tirus seperti 'kangkong' yang separa usia tetapi telah dipetik awal untuk jualan. huhu. Lucunya 'kangkong' yang tidak popular atau dalam kategori sayur murah menjadi tajuk hangat di alam maya. 

Selain itu, hasrat kerajaan untuk mengajak peniaga menawarkan Menu 1Malaysia. okaylah kerna itu adalah tagline bagi semua barangan yang mana jika bermula dengan angka 1 maka murah katanya. Kualiti entah pula bagaimana. hmm. Okay.. realitinya adakah ianya bisa mencapai objektif sebagaimana yang dicanang ceritanya. Pity me yang berada dalam kategori miskin bandar {jika diukur dengan pendapatan semasa dan menetap dibandar} tetapi bila mana ofis terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur, pastinya tidak merasa apa yang dikhabarkan menu 1Malaysia kerna kedai atau gerai berdekatan harganya adalah standard harga bandaraya. hmm. 

Nevermind... jika suatu hari nanti saya berkesempatan merasa menu 1Malaysia, akan saya khabarkan juga ceritanya ya. Kali ini jom layan menu harian yang mana menu wajib dalam seminggu pastinya berulang juadah yang sama. 

Nasi lemak sotong berharga RM3.00 untuk sarapan pagi

gerai nasi lemak yang terletak di sebelah Wisma Cosway

jualan gerai di tepi jalan yang menawarkan menu yang lebih murah dan sedap

jika singgah di gerai Kakak tepi jalan, menunya adalah koay teow goreng telur berharga RM2.50

menu sarapan pagi jika berkunjung ke Meal Station berharga RM7.50 satu set di kongsi dengan miss Tender

selain bihun goreng, mee goreng juga menjadi pilihan kami berdua

teh ais nyaman berharga RM3.55 untuk bekalan setengah hari

tengahari jika singgah ke gerai tepi parking, lauk ayam dan telur dengan teh ais berharga RM5.00, teh ais di warung pula RM1.80

malam hari layan nasi lauk ayam dan telur masin berharga RM4.50

owh pilihan lain adalah catu makanan atau berpuasa atau memasak sendiri. Tetapi dek kerna pagi jam 6:00 pagi sudah berkejaran ke stesen keretapi pulang pula hanya selepas gelincir mentari. Kepenatan seharian bekerja tidak berbaloi jika mahu berkira sangat dengan harga makanan yang merupakan sumber tenaga badan. Makanan juga penting untuk menjana tenaga dan tidak perlu rasanya untuk memeningkan kepala mencatu makanan. Peace! 

* Birthday && Farewell | 3G Lunch *

Assalaam alaykom... Khamis lalu iaitu pada tanggal 16 Januari 2014 adalah hari bercampur baur perasaannya. Gembira kerna kami akan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran dua rakan dalam 3G iaitu sista Ruzinah dan sista Dila yang tarikh lahir pada bulan Januari. Kemudian dalam masa yang sama kami meraikan perpisahan dengan kedua mereka dan juga sista Syima yang berpindah ke lokasi lain. Maknanya kami semua lambat laun akan berpisah mengikut lokasi kerja. Dan pastinya hanya WhatsApp yang akan menjadi penyambung persahabatan kami. 

Tema diberi adalah ungu. So mrs Cyana seperti biasa memilih berhijab ungu walaupun warnanya hampir kelihatan seakan biru. hehe. And thanks to perancang majlis iaitu sista Eka and sista Zaty yang memilih Nando's untuk majlis jamuan tengahari. Yang pasti kami berjaya membuatkan sista Ruzinah menitis air mata kerna terharu dengan surprise birthday untuknya. Pada mulanya kami hanya merancang untuk lunch together sahaja tanpa memberitahu birthday girls yang kejutan sedang menanti. hiks. owh... pagi-pagi lagi sudah meriah bunyi WhatsApp penuh dengan gambo-gambo geng 3G yang semuanya segak mengikut tema ungu.

mrs Cyana in purple

sista Julia and sista Ruzinah

sista Julia and sista Ena

brother Ismel and sista Julia

thats me... pose at ROS. 
slot melawat pejabat ROS untuk urusan rasmi KBM

the signature pose

pulang dari ROS, singgah sebentar di kedai makan 

goreng pisang.. nyum nyum

jam 12:45pm kami bergerak ke Pavillion untuk tugasan menyiapkan persiapan majlis

pose with brother Ismel yang semangat pakai tag kerja walau dimana jua berada

chicken in pose too!

while waitin'... they said gaya muka sebelah like Cyanamoose's selfie style

sista Ruzinah and sista Dila yang dirai

3G group selfie!

last but not least.. collage by sista Ruzinah yang merah hidungnya dek kerna menangis pabila hari tersebut adalah hari terakhir kami bersama di bawah satu bumbung. Walau dimana kita berada semoga persahabatan kita akan terus mekar terjalin. InshaAllah.