Saturday, August 31, 2013

* what I EAT and what I COOK *

Assalaam alaykom... okay sedang dalam mood update blog pada malam minggu sambil menonton filem Armageddon yang pastinya menjadi kesukaan dan tidak jemu juga di tonton berkali-kali. erm.. atau mungkin kerna lagu temanya "I don't wanna MISS a thing" sangat menusuk jiwa dan kalbu. hiks. 

owh sengaja juga mengasingkan entry makanan yang telah menjadi antara menu masakan saya pada Ramadhan yang lalu. Cabarannya pasti pabila memasak sewaktu puasa dan tidak dapat merasa apa yang dimasak maka kaedah agak-agak sahaja... yang penting tidak pedas kerna warga Baitul Ar-Rahmah sebahagiannya adalah kanak-kanak. well well... memandangkan tekak orang Melayu jadinya lauk yang dimasak adalah bertema ketimuran. Namun hati tukang masak seakan sentiasa tersenyum kerna masakan habis dimakan dan tiada pembaziran. Alhamdullilah. okay.. jom layan gambo menu simple masakan mrs Cyana.

 
 mee goreng basah

 nasi goreng merah

 nasi goreng putih

 nasi goreng Cina 

koay teow goreng

minuman wajib setiap kali iftar adalah teh ais... 
owh, terselit juga ketika ini menu bihun goreng yang menjadi kegemaran hubby Moose

 
 my meal... nasi goreng with drummet

 Mexican drummet yang menjadi menu sepanjang Ramadhan selain ayam goreng

 nescafe ais adalah minuman wajib waktu sahoor.. wink! wink!

Sesuatu yang pasti jika ditanya kepada tukang masak mestilah beliau akan gembira pabila makanan yang dimasak habis dihidangkan. Itu juga menjadi semangat untuk memasak pada hari-hari berikutnya. hehe. Tiba-tiba rindu pula aktiviti Ramadhan iaitu bangun sahoor dan masak setiap hari kemudian terus pergi kerja. hmm. 

No comments:

Post a Comment