Assalaam alaykom... 5 Syawwal adalah giliran hari untuk berkunjung ke rumah saudara-mara di sebelah Utara. Dimulakan dengan kunjungan ke rumah uncle Yakin di Kulim seterusnya berkunjung ke rumah sepupu mr Sham dan diakhiri pula dengan rumah Uncle Hassan yang juga berdekatan di daerah Kulim. Maka seharian adalah sesi makan yang mana bermula dengan nasi ayam, nasi minyak dan laksa Penang. nyum nyum! okay.. jom layan gambo kerna banyak lagi entry tertunggak yang menanti. hehe.
Eid kelima dengan polkadot mustard iaitu kain pemberian sista Ochal yang akhirnya terbentuk menjadi pakaian dan alhamdullillah dapat dipakai pada musim Eidulfitri. Pity me, gambo yang dirakam hilang ketika sesi copy paste... terdelete mungkin. whuaaa! maka gambo untuk hari kelima hanya beberapa sahaja yang masih ada dalam koleksi.
MAMA juga berbaju kuning.. hehe
my favourite nasi impit
sebelum pulang, bergambo kenangan dengan kereta antik
pose setibanya tiba di kediaman mr Sham and mrs Apple
family potrait
pose with my mr lurvely hubby Moose
chocolate muffins masakan oleh mrs Apple
biskut raya yang sangat comel
sesi bermanja dengan kucing-kucing gebu
look at him.... Tigger yang sangat macho!
last but not least... sebelum pulang bergambo dengan Tigger yang dianggarkan berat menjangkau 8 kg. huhu
Pulang sahaja ke rumah... terus lelapkan mata dek kerna kekenyangan dan keletihan berjalan-jalan. Lucky us keluarga di sebelah ABAH kebanyakan berada di lokasi berdekatan, maka sempat juga tawaf ke semua rumah saudara di sebelah Utara.
No comments:
Post a Comment