Assalaam alaykom.... kembali sambungan cerita eidulfitri yang mana 4 Syawwal lalu kami menyambut tetamu di kediaman ABAH & MAMA. Tradisi kunjung-mengunjung oleh keluarga sebelah ABAH masih diteruskan dengan mengatur beraya ke rumah saudara-mara. Tahun ini, sambutan di kediaman jatuh pada raya keempat dan menu untuk tahun ini adalah nasi tomato bersama dengan pelbagai jenis lauk. Yang menarik pastinya lauk-pauk adalah masakan MAMA dan brother Joe. owh.. mrs Cyana seperti biasa memegang kontrak membancuh minuman dan mencuci pinggan. hehe. ohh! kerabu timun nenas adalah hasil gaulan saya setelah lama tidak membuat campuran bahan. Jika ditanya resepi bisa sahaja saya menyenaraikannya tetapi jangan ditanya tentang sukatan kerja saya belajar masak dengan MAMA dengan cara masuk itu ini tanpa sukatan. Maka harus pandai mengagak jumlah sukatan mengikut jumlah bahan.hehe.
Seawal pagi MAMA sudah ke pasar dan terus memasak, jam 12 tengahari juadah sudah tersedia. Seterusnya adalah misi menyambut tetamu dan seperti lazimnya tetamu hanya akan pulang selepas jam 10 malam dan disusuli oleh sesi mencuci tray makanan... {whuaa.. itu yang lety...huhu} Namun keriangan sepanjang hari melayan saudara-mara pastinya membuat wajah tersenyum sahaja walaupun mrs Cyana sekali lagi diserang batuk dan sakit tekak... {whuaa.. suara mengalahkan ratu rock negara!hiks}
rambutan hasil pokok tanaman ABAH di belakang rumah
ABAH and me
ini antara burung-burung peliharaan ABAH
sedia menanti tetamu
lauk-pauk yang dimasak untuk tetamu iaitu paru blackpepper, kari ayam, kurma kambing, dalca, daging masak kicap, kari daging dan kerabu timun nenas
sambal udang
gulai ayam belanda
ayam yang sedia untuk digoreng
peralatan menggoreng
team menggoreng
ayam goreng panas by chef Pak Joe
ayam ready to eat.. hehe
minuman bandung soda
team photog Penang turut sama hadir
sempat melepak di kebun ABAH
begambo dengan Nenek sebelah ABAH
bersama sepupu
sepupu dan kakak ipar, sista Shariffah
surprise!!! rakan-rakan lama yang turut sama hadir.. sista Aini and sista Nurul. I'm Happy!
rindu kalian!!!
melawat sista Rosmawati yang sedang dalam pantang anak keempat
last but not least...my MEAL!!!
Terima kasih kepada semua yang hadir. Alhamdullillah dapat kita bersua lagi pada musim Syawwal dan semoga tradisi kunjung-mengunjung ini diteruskan. InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment