Sunday, August 4, 2013

* my Routine *

Assalaam alaykom... sambil beristirehat di hujung minggu sambil juga membuat persiapan menjelang hari raya pastinya kemeriahan dengan kepulangan anak-anak saudara yang telahpun bermula cuti sekolah. owh... sambutan Ramadhan pada tahun ini sederhana seperti biasa cuma bezanya tahun ini lebih meriah dengan kehadiran adik kakak abang dan juga sepupu yang turut sama menjalani ibadah puasa di Baitul Ar-Rahmah. Mohon terus doakan agar Tok Baba akan kembali pulih seperti biasa dan diberi kesihatan semula untuk bisa berjalan semula. Pastinya Tok Baba merindui Tok Mami seadanya. Begitu juga dengan kami di rumah yang mana malam 10 terakhir Ramadhan tanpa AYAH dan IBU. Namun kami bersyukur ALLAH swt memberi rezeki kepada AYAH IBU untuk menyambut Ramadhan di Tanah Suci Makkah. Semoga AYAH IBU gembira di sana dan menjalani ibadah umrah dengan tenang. Ameen. 

owh... rutin Ramadhan saya pula adalah shoppin' di Giant. hehe.

 ikan kegemaran hubby Moose... maka setiap kali ke Giant, pasti membeli ikan ini.

 
menu wajib mrs Cyana pada bulan Ramadhan iaitu drummet keluaran 5Star

 lemon juga wajib dibeli kerna setiap pagi sahoor bersama teh O panas lemon

 
 sayur-sayuran menarik pandangan mata.. hehe

okay... next time jangan lupa bawa beg shoppin'.. hehe

 
Ikan Lembu! Bukan Ikan romantik di bulan puasa ya.. hehe.
{pic courtesy by brother Joe}
btw Ikan Lembu ini adalah salah satu ikan kegemaran saya ketika waktu kecil dahulu...hmm. 

okay..tyme for shoppin'...
checklist perlu dibawa jika tidak semua mahu diangkut bersama. hehe.  
GIANT here I come.

No comments:

Post a Comment