Assalaam alaykom... sebentar sahaja sudah masuk ke 11 Syawaal dan sementara Muslim di negara kita sedang enak menyambut kemeriahan Eidulfitri... sebahagian besar Muslim pula sedang bergolak dengan perang di Bumi Ambia. hmm. Pastinya mereka2 yang mencetuskan peperangan itu zalim orangnya kerna secara tidak langsung telah mencemarkan bulan mulia. Kenapalah pada zaman kini makin ramai yang semakin hilang pertimbangannya dan semakin ramai mungkin lebih lagi mengejar kuasa hingga terlupa akan kekuasaan itu bisa memusnahkan mereka. Pray for EGYPT!!!!
Petang tadi terdengar dialog sebuah drama "Sedangkan haiwan yang dibela juga akan disayangi tuannya, kenapa kini bapa sendiri tidak bisa menyayangi anaknya?" hmm. Itu membezakan hati budi seseorang... Itu membezakan sama ada kita layak berada pada aras mana... tinggi atau rendah martabat kita pastinya kita jua yang menentukannya. Sentiasa berdoa kepada ALLAH swt dan semoga kita senantiasa dilindungiNYA.
kiss.me
owh.. kucing seberat 8 kg ini membuat bibir tersenyum riang kerna kemanjaannya terasa seperti diri ini disayangi walaupun baru sahaja bertemu muka. hiks! Kata puannya, si Tigger sangat gemar menghidu bau parfum.. owh.. pasti si Tigger juga seekor kucing manja yang sedang menghidu bauan ketika jari saya sedang memetik mr IP5 untuk moment ini. lurve it!
more and more update soon.... InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment