Saturday, August 3, 2013

* Sixth Sense *


sunset's scenery

Assalaam alaykom.... menjelang malam-malam terakhir Ramadhan tidak terasa benar pantas masa berlalu. Masih lagi teringat malam pertama menyambutnya kini semakin hampir pada malam terakhir. Dan adakah Ramadhan ini yang terakhir buat saya? Sesuatu yang tidak pasti namun bak kata IBU sentiasa mengingati MATI kerna MATI itu PASTI. Dan bila mana diri sentiasa mengingati MATI maka timbang sebaiknya amalan kita. Benar bertuah bagi insan-insan terpilih yang MATI dalam bulan yang mulia Ramadhan. Innalillahi wa innailayhi raji'un... Surely we belong to ALLAH and to HIM and shall return.

Percayakah anda pada Sixth Sense? owh.. Percaya Padaku! Apa itu Sixth Sense... erm.. subtle perception ability. hmm. Ceritanya saya sedang berhadapan dengan suatu "Penipuan" yang mana benar Sixth Sense itu wujud terdetik pabila terasa sesuatu yang tidak pasti. Benar kata pandangan pertama selama 60 saat itu mampu meruntun rasa. hmm. Terdetik rasa mahu percaya atau tidak pada kata-kata seseorang itu juga penting agar interaksi memberikan kesan yang baik dan berpanjangan. Lucunya bila "Penipuan" itu berlaku berkaitan dokumentasi. Kenapa dokumentasi penting? Kenapa perkara-perkara penting dicatat dan disimpan sebaik mungkin? Itu kerna jika berlaku sesuatu dokumen itu akan menjadi buktinya. owh..silapnya KAMU di PENIPU yang cuba memutar belit cerita cuba berdolak-dalit, cuba meninggilkan nada suara yang mana dari nada itu saya bisa kesan ton penipuan. Mungkin KAMU di PENIPU tidak tahu yang kerja seharian saya adalah berdamping dengan dokumen. Silap satu perkatan juga perlu di garis bukannya dapat saya menggunakan liquid paper, selepas garis perlu tandatangan pula untuk membuktikan pembetulan itu berlaku. Dan lucunya KAMU di PENIPU yang menyatakan niat mahu membantu tetapi realiti sebaliknya. :( Namun apa yang bisa saya lakukan adalah hadapi dengan tenang kerna jika kita ikhlas dan berada di pihak yang benar, pasti ada jalannya.. InshaALLAH.

owh apa kaitan pula dengan gambo di atas? hehe. Pemandangan yang biasa dipandang tetapi bagi saya walaupun mengambil gambo yang sama di lokasi yang sama namun saya akan pastikan hasilnya masih berbeza. Mungkin semalam hujan, hari ini langit terang esok burung beterbangan.... apa yang pasti pandangan tertarik kerna mata saya tidak jemu melihatmu seolah-olah tersenyum dan menyapa. hiks. 

No comments:

Post a Comment