Saturday, August 3, 2013

* the Journey *

billion.journey

Assalaam alaykom... sebelum menghurai lebih panjang, terlebih dahulu ingin rakamkan tahniah kepada barisan urusetia yang menganjurkan program RM6 Billion Journey yang mana dalam masa yang singkat namun saya kira hasrat untuk bersama berkongsi objektif program terlaksana dengan adanya penjelajahan ke seluruh pelusuk negara dan bertemu mata dengan segenap lapisan warga kerja. Tahniah juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada semua yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran dan menjayakan program. Tahniah.

Apa yang dapat dirumuskan adalah pihak pengurusan menyampaikan matlamat dalam penjimatan sebanyak RM6 Billion dan menjana lebih keuntungan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bagi mencapai inspirasi dan aspirasi tersebut, ianya bermula dengan hati dan ketelusan warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa berhemah dalam berbelanja. owh... penambahbaikan "Budaya Kerja" itu kuncinya. Contohnya mudah sahaja, menjaga harta syarikat sebagaimana harta milik sendiri.... jika semua warga kerja bersikap positif pastinya organisasi lebih cemerlang. Pemikiran juga perlu dipertingkatkan...jangan sering berfikir kerja ala-kadar sahaja. Check-in cukup-cukup masa tetapi waktu chek-out belum lagi jam 5, jasad sudah menunggu di muka pintu. opps. owh.. check and balance waktu kerja itu adakah diguna sebaik mungkin atau sebaliknya. Kerna itu saya lebih gemar mengambil pendekatan menjaga tingkah laku diri sendiri daripada sibuk memerhati orang lain namun diri sendiri tanpa sedar telah melakukan kesalahan yang saya kira ALLAH swt membalasnya secara on-the-spot. Wallahu'alam.

Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Marilah kita merapatkan syukur kepada ALLAH swt... semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan Ramadhan. Ameen.

No comments:

Post a Comment