Thursday, August 22, 2013

* the CHANGE *

colorful.eggtart

Assalaam alaykom... benar terasa begitu lama tidak berceloteh sambil menjamu mata melihat gambar-gambar di laman yang lain. hmm. Kembali selepas cuti panjang Eidulfitri, sesuatu yang sudah lama ditunggu-tunggu telah berlaku iaitu rombakan kabinet organisasi.. hehe. Bunyi seperti rombakan politik juga cuma bezanya rombakan ini tidak melibatkan peti undi. Maka sebagai warga kerja, kita patuh dengan arahan kerna saya percaya sesuatu rombakan itu diharap bisa memberi perubahan dan pastinya mahu mencapai objektif dan misi organisasi. Benar bila berlaku sesuatu perubahan, agak mengambil masa untuk menyusun suai kembali agar mengikut rentak yang dikehendaki...dan untuk memahami karektor baru juga pasti mengambil sedikit masa. hmm. 

owh.. benar rombakan itu sedikit sebanyak tempiasnya terkena Unit Perolehan iaitu tempat saya bekerja. Pertama, saya bersyukur yang mana akhirnya kami diberikan seorang ketua untuk meneraju Bahagian Perolehan agar lebih berkembang dengan telus dan cemerlang. Benar penantian itu juga menyiksakan... bayangkan sejak tahun 2011, kami sabar menanti walaupun telah lama bersuara untuk merombak tatacara kerja tender supaya lebih seimbang dan baik. Sejak itu juga draf SOP Perolehan telah terhasil yang mana entah sampai bilangan berapa versi drafnya. Bayangkan jika anda diberi tugas untuk menyiapkan sesuatu yang saya kira penting yang mana akan menjadi rujukan segenap lapisan warga kerja... namun ianya hanya berada dalam keadaan draf memandangkan tiada hala tuju atau nakhoda untuk memacu kapal. Dan bila terlalu lama dalam situasi begitu, akhirnya saya terpaksa mengalah kerna impian adalah impian, realitinya sukar dijangka. hmm. Apapun kini saya mahu kumpul kembali semangat 2 tahun yang lalu agar objektif tercapai, agar saya tidak hanya meninggalkan perolehan dengan sia-sia, agar saya juga bisa tersenyum dengan idea dan hasil kerja. Get it done! Doakan yang terbaik... Ameen. 

Kedua,... owh tadi baru pertama.. ahaks! perubahan struktur organisasi juga memberi tempias yang mana AJK Tetap tender telah berubah.. seorang ke timur, seorang ke utara dan seorang mengambil VSS. hmm. Apapun saya doakan mereka sentiasa memberi yang terbaik dan selamat sejahtera walau di mana sahaja.

Benar, kadang kala perubahan itu bisa membuat kita celik mata. Anggaplah perubahan itu demi kebaikan bersama. Walau dimana sahaja kita ditempatkan... kerja adalah amanah untuk kita. Lakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan pastinya anda bisa meninggalkan nama walaupun suatu hari nanti hilang kewujudannya. Inshallah. 

owh... seperti gambo eggtart di atas... berlainan corak namun semuanya menggunakan base eggtart yang sama. Bila disatukan... menarik bukan? variasi corak berwarna-warni yang pastinya enak juga dimakan begitu sahaja...with teh ais please. hiks!

No comments:

Post a Comment