Saturday, August 3, 2013

* Blissful *

 
the Coldroom Pilot Project

Assalaam alaykom... ketika ini sedang menata dan cuba sedaya mungkin memahami spesifikasi teknikal Coldroom selain berimaginasi melalui gambar. Apapun doakan agar projek perintis ini akan membuah hasil walaupun kini sedang dalam fasa preliminary study dan jangkaan siap penuh pada tahun 2015. Take note ini adalah catatan pertama berkaitan projek perintis ini. 

my present mr Chairman: Cyana...can you brief me the Coldroom Pilot Project?
mrs Secretary: owh... Option 1 bla3x, Option 2 bla3x, Option 3 bla3x. Estimate budget bla3x. Next meeting bla3x. {eh.. blom ada fullstop! hahaha. tiba-tiba terhasil lukisan sambil bercerita. hiks}

okay... meeting! meeting! {semak kehadiran AJK}
Look!!! What am I doing in the meeting room? ahaks!

my cute lil' lurve clip!

my present mr Chairman: Cyana... awak tulis apa? Lima baris jek awak tulis?
mrs Secretary: erk.. saya catat minit. {ohhh NOOO!... I'm dreamin'! Help!}

Suddenly... tersentak dari lamunan mungkin kerna perut kosong otak sedang membuat perancangan menu iftar. ahaks! Suddenly terasa seperti benar saya sedang mengelamun entah apa yang mahu dicatat kerna AJK mesyuarat sedang berbicara berkaitan spesifikasi teknikal iaitu sesuatu di luar bidang pengetahuan saya. ehh.. ada 'sciccors lift'... ada pula yang menyampuk, biasa mendengar 'Edward Sciccors Hand' lakonan mantap Johnny Depp yang pastinya masih dapat saya bayangkan tangannya memotong rumput dengan lajunya. hiks.

the drawing and layout... belajar baca pelan layout

mrs Secretary sibuk posing... ahaks!

my past mr Chairman: Saya mencadangkan Cyana sebagai setiausaha Tech Committee memandangkan beliau juga setiausaha Special Committee dan telah berkomunikasi dengan Top Management.
mrs Secretary: InshaALLAH. noted with many thanks {ohhh NOOO!... masa mesyuarat tadi saya sedang sibuk melayan status IG...what to write? agaga}

Suddenly... terus jari-jemari pantas mencatat rumusan, suddenly kelam-kabut bercampur gelabah bercampur "why me? why me?" hiks! But I'm Blessed!!!! benar lantikan itu akan menambahkan kerja tambahan dan diluar deskripsi kerja namun pabila melibatkan diri sebagai 'Setiausaha'  kepada sesuatu projek.... rumusannya adalah mrs Cyana akan menjadi tempat rujukan untuk setiap cerita. Ianya sesuatu bidang baru yang bisa mencabar kredibiliti sebagai sekretariat selain memastikan perjalanan mesyuarat teratur dan berjalan lancar, tugas setiausaha selepas mesyuarat adalah menyediakan minit mesyuarat dan memastikan maklumat dapat dikongsi bersama dengan AJK secara saksama. 

Walaupun masa rehat saya semakin berkurang dengan penambahan kerja, namun peluang ini tidak mungkin bisa di lepaskan begitu sahaja. Selain menimba pengalaman dan berinteraksi dengan Top Management, pastinya saya gembira juga kerna dapat bekerjasama dengan barisan Second Layer Management yang mana AJK lebih agresif dan bertenaga namun bisa menyelesaikan kerja di bawah tekanan gula rendah kerna mesyuarat sering kali disusuli dengan jenaka tetapi kepantasan bekerja terbukti terjamin. hiks.

Tips awet muda bak kata Ustazah Siti Norbahiyah... senyum selalu! Bila anda sentiasa mengukir senyuman, pastinya anda kelihatan lebih muda. Yes... I'm extremely happy! Smile!!


No comments:

Post a Comment