Assalaam alaykom... Hari Syawwal ketiga ketika berada di kampung halaman adalah hari mengemas kediaman. Kebiasaannya mencuci rumah pastinya sebelum menyambut Eidulfitri namun dek kerna saya tidak dapat pulang lebih awal dan MAMA & ABAH juga keletihan selepas berniaga sebulan di Bazaar Ramadhan, maka hanya bila kami pulang sempat membanting tulang sebelum keesokan harinya di kediaman akan ada sesi makan-makan atau di Kuala Lumpur lebih dikenali sebagai Open House. Yang menarik pastinya lauk dimasak sendiri oleh MAMA.
Bangun pagi pastinya mencari juadah raya iaitu ketupat palas dimakan bersama gulai daging. Sedapnya tahun ini MAMA kembali menganyam ketupat sendiri kerna kata beliau beberapa tahun kebelakangan ini selalu mendapat ketupat yang kurang enak. huhu. okay.. bab ketupat palas saya langsung tak pandai masak. Seingat saya jika dahulu menjelang Syawwal tugas saya adalah mencuci daun palas kemudian makan. hehe.
ketupat palas dengan kacang
kasut MAMA yang masih elok dipakai... tambah koleksi kasut mrs Cyana
bunga dan bakul hasil airtangan sendiri yang kini berusia 5 tahun
sesi ke Giant membeli sedikit perkakasan untuk menghias rumah
tugas baru menghias bunga.. buang bunga lama yang terlalu uzur dan menggantikan yang baru. dek kerna semua kedai bunga masih tutup maka hanya bunga ini yang diperolehi di Giant. hehe
hasilnya! first tyme gubah bunga dalam pasu.
btw pasu tersebut sudah berusia lebih 10 tahun. wow!
then sempat singgah ke Queensbay untuk sesi membeli-belah barangan Insan Terchenta
dinner KFC.. nyum nyum
tugas terakhir adalah menyusun kuih raya... sambil susun sambil makan. hehe. well... I'm pretty straight, balang kuih raya hanya akan dibuka pada malam mahu menyusun kuih ke dalam balang. So sebelum itu saya tidak akan membuka dan merasa kuih... seperti peraturan buat diri agar disiplin tidak mencemari keseronokan menyambut raya
selesai menyusun kuih raya atau biskut raya...
Selesai kerja iaitu mencuci tingkap, mencuci kipas, mencuci pinggan mangkuk, menghias bantal, menukar langsir baru dan menukar cadar baru.... done! done! done! barulah dapat tidur dengan nyenyaknya.
Good Nite!
No comments:
Post a Comment