Sunday, September 30, 2012

* mrs Tender on the moves *

mrs Pallet on the moves

Assalaam alaykom... teruja saya bila kalender menjelang ke bulan Oktober. Bila sahaja menjengah ke Oktober mrs Libra sememangnya akan mengukir senyuman kerna otak sedang mencongak hadiah apa yang akan menanti sempena peningkatan usia. oppss!! Tetapi yang pasti waktu tetap akan meninggalkan kita kerna tahun Masihi pula sudah berada di tahap penghujungnya. hmm. Teruja lagi menjelang Oktober tahun ini kerna jadual KAMI berdua padat dengan tugasan kerja. hubby Moose yang berada dalam dunia Multimedia sibuk dengan shootin' dan camera manakala wifey yang berada dalam dunia Perolehan sibuk dengan kerja tender. Dua dunia KAMI yang berbeza, bila anda berbicara dengan saya pastinya syor terbaik adalah melalui sistem tender terbuka yang lebih telus dan menjaminkan kualiti dan harga yang terbaik. 

owh... bulan Oktober ini sekali lagi mrs Tender akan melalui proses penilaian bersama papan pallet. Kenapa pentingnya untuk berada di setiap lokasi mesyuarat tender adalah kerna bila secara langsung berkecimpung dalam dunia tender, warga perolehan adalah orang tengah yang menjadi perantara di antara penender dengan pihak pengurusan. Maka untuk melayan kerenah dan pertanyaan berkaitan tender, warga perolehan perlu sentiasa mengukir senyuman walaupun akur dengan tekanan yang pastinya hebat dan tidak tersangkal dek akal. Semoga semua perjalanan tender akan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. InshaALLAH.

* my DATE with Mr MOOSE *

Assalaam alaykom... minggu yang indah kerna satu setengah hari pada hujung minggu bisa meluangkan masa bersama Insan Terchenta. Setelah hubby Moose juga sedikit reda dengan tugasannya, wifey pula lebih lagi gembira bila mana dapat menemani Insan Terchenta 'do his shoppin'! Kata wifey " Wahh!!! dua hari asyik beli barang Mucab jek." owh... jika di congak shoppin' hubby Moose dua hari bersamaan dengan shoppin' wifey selama sebulan atau secara rutin membeli setiap minggu. ahaks! Bagus bukan barangan wanita tidak semahal barangan lelaki, manakala wifey pula jika membeli hanyalah baju dan kasut, baju dan kasut ataupun aksesori. Kesimpulannya bagus juga hubby Moose hanya shoppin' sekali sekala. hehe.

okay... ceritanya pagi Sabtu saya menghadirkan diri memberi sokongan kepada pasukan futsal lelaki dan wanita BERNAS di Ferro Futsal Subang. Cerita penuh bakal menyusul, InshaALLAH. Tengahari menghantar mr Blasoo membuat major servis sambil melayan air tebu yang sedap di bawah pokok di USJ. Kemudian mulalah hari shoppin' hubby Moose yang mana kedai pilihan pertamanya adalah kedai camera! huh! {camera items lagi.. huhu.. } then sambung membeli beberapa pakaian. Bezanya wifey seminggu beli sehelai baju, hubby Moose seminggu 4 helai baju.. {nasib hubby Moose bukan berfesyen seperti Kenanga, kalo tidak pening juga mahu mencari seluar merah.. atau tidak Wajib singgah ke H&M. ahaks!}

the Ferro Futsal, USJ Subang

sugar cane!!!!
habis saya minum segelas besar.. hehe

the colorful straps di kedai camera

then petang hari layan cendol!!! nyummy!

and the next day lunch di Food Court Seksyen 2 kerna wifey mengidam ABC yang setiap hari saya melihat ketika membungkus minuman di kedai Frado ABC.

the ABC by Frado

sesi shoppin' kasut... but not for me!!!
{wifey berangan pose dengan purple shoes}

 
Khakis Hover slip on shoes for him!

Happy? YES I AM!!! Quality tyme together sangat indah.. makan berdua, shoppin' berdua...ermm movie jek lama tak sempat pergi kan CYG? hehe. Lurve ya'!!! Packin' tyme!!! 

* the Pre-Wedd @ FRIM *

Assalaam alaykom... sesekali bila dapat menghabiskan hujung minggu bersama Insan Terchenta amatlah indah walaupun beristirehat sambil bekerja. Kebetulan minggu lalu, ada pre-weddin' photoshoot untuk sahabat kami iaitu brother Eizani & sista Noreen yang bakal melangsungkan perkahwinan pada November yang akan datang. Pilihan tempat di FRIM, Kepong dengan berkonsep cheeky buddies kerna mereka  sangat comel dan serasi berdua. owh... bila sudah lama tidak turun padang bersama mr D7, mulalah sedikit kekok opps!!... maka entry nie layan gambo bersama mr iPhone sahaja ya. Menariknya sepanjang sesi photoshoot, kami di temani si kecil comel yang seiras lil' Tiger yang sangat manja.

 layan Nasi Beriani di Tirai Ratus sebelum memulakan kerja

mr Instagrapher in pose!

okay...we're ready!
 
E & N's pre-weddin' photoshoot!!

 this lil' cutie cat yang sama sibuk sampaikan terpaksa mengambilnya masuk ke dalam beg.. hehe

 just look at him... manja!

 lama juga dia duduk dalam beg.. hiks!

 soooo cute!!!

 
 cutie cat want to pose too! ahaks!

See? cutie cat on candid!!! 
banyak juga gambo cutie cat nie. 
Good job! haha.

Can't wait to see the result! 
Gembira juga dapat meluangkan hujung minggu bersama geng Instagram! ahaks! To brother Eizani & sista Noreen... selamat membuat persiapan peringkat akhir dan semoga semuanya berjalan lancar nanti. All the best to both of you!!! 

* our Saturday @ Subang Parade *

Assalaam alaykom... cerita hujung minggu yang baru sempat update. Memandangkan selepas minggu raya, tiada sebarang program manakala hubby Moose pula sibuk dengan tugasannya, wifey seperti biasa akan juga padat dengan aktiviti berjalan. ahaks! Lucky me mempunyai sister in law yang hobi hampir sama iaitu window shoppin' atau setidaknya minat kami mengunjungi shopping complex. So Subang Parade menjadi pilihan utama kerna di sana saya menemui beberapa butik kegemaran dan juga mudah bagi membeli barangan dapur. Dan nampak gayanya sepanjang tiga minggu berturut-turut saya ke Subang Parade. hiks!! Selepas ini mungkin bisa menghafal setiap penjuru kedai pula. hehe. 

Dua minggu ditemani my sister in law, sista Ocal dan cousin sista Deena. Memandangkan minat yang sama memudahkan lagi kami membuat pilihan pakaian atau makanan. Walau sedikit penat, hati tetap teruja kerna tangan juga di penuhi paper bag! ahaks! {sambung shopping raya kot.. hiks}

 casual wear on Saturday

 sista Deena in candid!

 lunch at Penang Nyonya

 the 'teh ais'

Nasi Borjari yang nyaman

 the cendol

 hari comot kerna muka di penuhi jerawat!!! hahaha

 
 sempat juga bertemu mr clown yang menghiburkan pengunjung sempena Hari Malaysia

and the NEXT Saturday.... masih lagi pilihan bersama ke Subang Parade dengan alasan masih ada barang yang belum dibeli.. ahaks!
 
 my lil' Lucky Tiger sedang berehat

 yellow on Saturday... 

 sebelum ke Subang Parade, singgah dulu ke Seksyen 7 Shah Alam

 syurga membeli-belah para wanita.. hehe

 sempat lagi menjamu selera di Nasi Ayam Penyet Nusantara

 
masih di temani sista Ocal & sista Deena

 my new discount card! hehe

 then ke Kopitiam for evening tea

 the cendol

 the 'teh ais' again!

 
 then sambung shopping... my new favourite shop!
 
 catch the green!!! yeay!!

 while waiting...  just smile and pose!

 
 then we went to Cold Storage for grocery

 suka tengok susunan barangan di sini
 
 lemons

 dragon fruits

 cute bottles

titbits... hubby Moose's favourite

 okay... done shopping!

tyme to go home!

and received hubby Moose's pic! he need new pair of shoes!
{hilang kerinduan walaupun gmbo kasut kan? ahaks!}

hubby Moose on the moves!!! 

Happy Saturday with no plastic bag !!! and Smile!

* my FUN day! *

Assalaam alaykom... sedang beristirehat di hujung malam minggu sebelum menggosok pakaian untuk esok hari kerna aktiviti menggosok berada dalam carta terbawah... saya paling tidak rajin menggosok baju. hahaha! {seronok miss Zaty... ada assistant gosok baju kan?} Kerna itu juga setiap pagi saya mengalami kesukaran memilih pakaian... perlu pilih yang tidak perlu digosok.. sangat tidak rajin kan? hiks! okay... pending story yang rupanya masih berada dalam folder dek kerna ketidak rajinan sedang melanda diri. Siang hari seperti lipas kudung di ofis, maka malam hari badan menuntut rehat yang lebih selain sedang mengajar mata agar pejam lebih awal agar saya mendapat rehat yang secukupnya.

Ceritanya bila sepanjang minggu bertimbun dengan bebanan kerja, maka di hujung minggu meluangkan masa merehatkan minda dengan aktiviti kegemaran iaitu window shoppin' dan makan! Kesempatan public holidays diluangkan bersama rakan2 kerna hubby Moose sibuk dengan tuntutan kerja. Well...kesian pula sista Nora & sista Zaty yang terpaksa melayan Nasi Ayam Penyet setiap kali kami keluar bersama. hiks! okay.. jom layan cerita bergambo ya... smile!

smile for mr iPhone!

kesesakan lalu lintas semasa hari cuti

slow moving sepanjang jalan... sooo hilangkan bosan dengan bergmbo

arghhh!!! bila mau sampai nie? hehe

 cutie sista Zaty in pose

with sista Nora yang rajin melayan kerenah kami berdua.. hehe

sampai jek destinasi terus makan! hiks!

kangkong belacan yang sedap

minuman yang enak

mine!!! Ayam Penyet!

then we went to RedBox untuk sesi senaman suara.. ahaks!

test mic one two.. one two... !!

We had fun!! fun and fun!

Sekurangnya hilang kadar stress 60% sebelum kembali meningkat semula pabila tiba waktu kerja.. hahaha. Nevermind... kerja tetap kerja! Cabaran baru dalam kerja adalah sesuatu yang bisa menambahkan pengalaman untuk lebih tabah dan menambah senyuman bila berurusan dengan mereka di sekelilingnya. Chill babe!