Sunday, April 20, 2014

* TIGER of JELUTONG *

Assalaam alaykom.... tanggal 17 April 2014 rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi pejuang negara Karpal Singh yang terkenal dengan kelantangan dalam memberi sesuatu hujah mahupun pendapat peribadinya. Kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan beliau pulang ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes di mahkamah telah meragut nyawanya. Pada tahun 2005, beliau juga pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya dan mengakibatkan beliau berkerusi roda namun ianya tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus berjuang mempertahankan hak-hak asasi rakyat secara amnya. 

Secara amnya, saya tidak mengenali beliau secara dekat hanya mendengar hujah-hujahnya tetapi saya percaya sesiapa yang pernah berhubung dengan beliau pasti lebih lagi merasai kehilangan seorang wira negara yang di alaf baru yang berjuang sehingga ke nafas akhirnya. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana beliau membahagikan masa dengan kesibukan sebagai ahli politik, pegerusi parti DAP, peguam, ayah, dan datuk yang memberi insprirasi kepada cucu-cucunya. Bukan mudah untuk membentuk sebuah keluarga yang akan berpegang kepada pegangan politik yang sama bahkan saya percaya beliau seorang yang kuat pegangan agamanya malah turut menghormati agama lain. Dan apa yang mahu saya sampaikan betapa hormatnya beliau kepada agama lain yang mana di pejabat beliau sendiri mempunyai surau untuk warga kerja atau pengunjung yang beragama Islam. Mungkin apa yang digembar-gemburkan isu-isu berkaitan tentangan agama adalah hanya cebisan kata yang kita sendiri tidak tahu keseluruhan teksnya. hmm. 

Perginya seorang wira negara yang dikenali sebagai "Tiger of Jelutong" pasti sedikit sebanyak membuat hati saya turut hiba yang mana tanggal 20 April 2014 iaitu pada waktu sekarang saya sedang mengarang catatan ini, ramai warga Pulau Pinang atau kenalan yang memenuhi ruang di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Dari jauh saya berdoa agar urusan pengebumian beliau berjalan lancar dan semoga nama beliau terus terpahat segar sebagai seorang pejuang rakyat dalam kenangan kita sebagai rakyat Malaysia. 

Benar seperti kata manusia pergi meninggalkan nama, malah pemergiannya turut memberi impak kepada saya secara amnya yang mahu saya kongsikan disini secara ringkas iaitu:-

i. Gelaran "Tiger of Jelutong" sangat dekat dengan saya yang dilahirkan di Jelutong, Pulau Pinang yang saya kira sebahagian besar warganya dahulu berasal dari golongan bawahan yang mana mentaliti atau percakapan lebih kepada imej samseng, namun saudara Karpal Singh telah memberi nafas baru kepada penduduk Jelutong dan membuktikan mereka bisa berjaya dan mengubah taraf kehidupan mereka;

ii. Saudara Karpal Singh anak jati Pulau Pinang sangat dikenali sebagai seorang yang tegas dalam membawa suara rakyat Pulau Pinang yang lantang berhujah dan memberi hujah berdasarkan fakta bukannya auta; 

iii. Seorang Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang saya kira majoriti penduduk berfikiran waras mengapa tetap memilih beliau sebagai wakil rakyat untuk beberapa penggal;

iv. Saya sendiri jika melalui kediamannya, pasti akan menunjukkan kepada kenalan 'Itu rumah Karpal Singh'  kerna saya bangga mempunyai seorang wakil rakyat yang berjiwa tegar dalam membentangkan hak rakyat; dan

v. Perkara yang paling tidak akan saya lupa adalah 20 tahun yang lalu, saudara Karpal Singh yang turun padang semasa kes rumah-rumah kedai di Jalan Kampung Jawa Bayan Baru dirobohkan secara paksa dan salah satunya rumah kedai MAMA. Sedikit cerita, lebih kurang 20 pemilik rumah kedai, 90% adalah beragama Islam dan berstatus Bumiputera dipaksa berpindah kerna mahu meluaskan jalan raya namun mereka enggan kerna pampasannya tidak berbaloi. Bayangkan jika anda mempunyai rumah kedai sebesar 600 sqt kemudian diarah pindah ke gerai ebesar 100 sqt tanpa pampsan atau bayaran tambahan. Dan pemilik kedai dipaksa pindah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang mana ketika hari kejadian semua warga ahli politik kawasan Bayan Baru yang berkuasa kononnya mahu membela nasib rakyat iaitu UMNO sedang bermesyuarat Agung Tahunan di Kuala Lumpur. Dan diringkaskan kejadian jentera pengangkut meroboh kedai dijalankan pada hari tersebut dan wakil rakyat pada ketika itu melepas tangan dan hanya saudara Karpal Singh yang sanggup turun untuk meredakan ketenangan situasi. 

owh.. cerita ini pastinya tercatat dalam sejarah warga Pulau Pinang dan saya tidak hairan kenapa sehingga kini majoriti warga Pulau Pinang telah menolak pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Mutiara. enough said! Dan dalam kekalutan ketika itu saya melihat saudara Karpal Singh secara dekat dan beliau telah menjadi hero kepada pemilik-pemilik kedai di Jalan Bayan Baru sebagai penegak keadilan. Jasamu dikenang!! Thank you SIR!

Saudara Karpal Singh yang sentiasa mengukir senyuman

20 April 2014, Penang

OUR PENANG HERO! 
He was and will always be a Malaysian hero.

I’m doing it for the country. At the end that’s what it is for,” he had told The Malaysian Insider in an interview before his 70th birthday.

He will be missed, never forgotten. He will always be loved, treasured and respected for decades to come. So true!
But that cannot be said about the government which until the last moment was trying to put him behind bars for speaking the truth and speaking lucidly about something that mattered dearly to him: the law.
He leaves behind wife Gurmit Kaur, daughter Sangeet, sons Jagdeep, Gobind, Ramkarpal and Mankarpal, and a host of grandchildren. And Malaysians. – April 17, 2014.


1 comment:

  1. Salam Cyana.. How r u.. lama tak dengar cerita dan akak pun lama tak singgah sini..

    Sedih gak bila org kutuk2 dia.. sangup tu hina2.. kita nanti mati tah macamana agaknya kannn..

    ReplyDelete