Assalaam alaykom sisters... my relaxing evening at Teratak Spa!!! Sesekali kita perlu meluangkan masa memanjakan diri dan merehatkan minda setelah keletihan bekerja, tambahan pula bagi para ibu semestinya penat entah bagaimana bisa digambarkan. Alhamdullillah dengan sedikit rezki dan masa yang ada, akhirnya saya bisa kembali berkunjung ke Teratak Spa yang terletak di Bukit Jambul Pulau Pinang.
Wahhh!!! mesti terbayang kenapa begitu jauh tempatnya... okay, pemilihannya kerna faktor-faktor seperti berikut:-
1. Tempatnya bercirikan ala Bali tradisional dan nyaman serta sejuk mata memandang;
2. Teratak Spa adalah tempat yang saya kunjungi dan mengambil pakej spa sempena perkahwinan enam tahun yang lalu;
3. Perkhidmatannya sangat memuaskan hati dan sepanjang berada di Shah Alam saya belum bertemu spa yang setanding perkhidmatan di Teratak Spa;
4. Pastinya pakej spa tersebut adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja;
5. Yang paling utama.... saya sukakan muzik, bauan dan permandangannya.. wink! wink!
So... setelah enam tahun berlalu, saya kembali dan perkhidmatannya tidak menghampakan. Berbaloi juga rasanya kerna beberapa kali cuba untuk pergi namun tiada rezki... kali ini saya luangkan masa selama hampir lima jam untuk pakej spa Permaisuri Idaman {owhh... ini adalah pakej untuk bakal pengantin baru} dan membuat Xpress Diamond Facial Treatment. Kesimpulannya amat memuaskan hati... agaknya kalau dapat berkunjung setahun sekali juga enak bukan. hehe.
throw back last six years....
Wajah pada hari Akad Nikah juga dimake up oleh pemilik Teratak Spa
the entrance
lovely premis
permandangan dalam bilik rawatan
barangan kemas mesti ditanggalkan seketika
tempat untuk manicure dan pedicure
petals..petals.. petals
sambil bersiram sambil makan biskut
mesin moden untuk rawatan wajah
pembantu di Teratak Spa yang manis dan baik hati
my personal record... btw yang dalam plastik itu adalah hasil kotoran dari wajah
pose before go home
the signature pose. lovely!
A lil' gift for my self! SMILE! and SMILE!
Brapa harga utk pakej ni? :)
ReplyDeleteIz Zati... sorry for late reply. harga pakej Permaisuri Idaman dalam 200++.
ReplyDeleteMaaf nk tanya lelaki boleh x?
ReplyDeleteMaaf nk tanya lelaki boleh x?
ReplyDeleteboleh.. but kena kol dulu buat appointment... sbb tukang urut lelaki xslalu ada...
Delete