Assalaam alaykom... tanggal 16hb April 2014 adalah tahun ke-TUJUH saya berkhidmat di organisasi ini. Secara ringkasnya DUA tahun berada di Unit Projek Khas, Jabatan Teknologi Maklumat sebagai mrs System Security dan LIMA tahun di Unit Perolehan sebagai mrs Tender. {wahh! jika lima tahun itu bisa diulaskan sepertimana pabila berbicara seperti kamus bergerak tanpa noktah}. Sepanjang tujuh tahun juga pencapaian saya masih berada di tahap 'Melebihi Jangkaan' atau 'Cemerlang' {berdasarkan fakta Sistem Penilaian Prestasi}. Selain sibuk menguruskan hal berkaitan perolehan, saya juga aktif dalam aktiviti program yang mana jika mengikut senarai KPI program juga 'Cemerlang'. Alhamdullillah masih diberi rezki dan kekuatan olehNYA untuk terus berada di landasan perolehan yang mana kadang kala berat hati jika perlu melangkah kaki. Berbagai rencana yang dilalui dan berbagai ragam karenah yang perlu dihadapi.
Dari sebuah unit kecil kemudian berkembang menjadi Unit Perolehan yang mempunyai 16 orang warga kerja setakat ini yang mana terbahagi kepada dua sub-unit iaitu 'Pembelian' dan 'Sekretariat Tender'. Dari seorang diri meneraju tender kini team tender telah mempunyai tujuh warga tetap yang menguruskan hal berkaitan tender. Dan kerna itu juga, jika ditanya tentang kitab tender pastinya seperti bertih jagung jawapan saya. ohhh! Caramel nyaman juga. ahaks! Bak kata miss Tender cerewet kita kadang kala bisa memualkan orang tetapi itu adalah bebanan dan tanggungjawab kami untuk memastikan semuanya mengikut tatacara.
Sebelum lebih panjang membebel lebih baik meluangkan masa mengkaji semula pencapaian diri agar tidak tergelincir dari landasan cerita atau masanya mengemaskini biodata kerja. hmm.
my team's rubber stamp
the seven year!
pose with the supportive and talkative miss Tender
lunch tyme adalah masa merehatkan minda
Hari-hari ceria bersama rakan-rakan yang sama minat bergambo
Pose kenangan bersama sebahagian staf UNit Perolehan di HQ sempena
Pinky Furchia Monday!
Love ya' all!
Tahniah Cyana. Teruskan kecemerlangan. :)
ReplyDeleteKakcik terima kasih atas sokongan :)
ReplyDelete