Assalaam alaykom... soalan mudah yang ditanya "Ayam atau telur yang mana keluar terlebih dulu?" Soalan mudah bukan... tetapi apa jawapannya? okay saya biarkan pembaca yang menjawab mengikut kata hati. hiks. Ceritanya orang kota bila mana pulang ke kampung halaman dan terlihat ayam menetas seumpama melihat sesuatu keajaiban walhal hari-hari makan ayam.. ahaks! ABAH mempunyai kegemaran memelihara haiwan ternakan seperti ikan, ayam, angsa dan burung. Setiap kali bila anak cucu datang pastinya teruja melihat haiwan-haiwan tersebut seperti mana anak bongsunya yang memelihara ikan pelaga yang menjadi rakan berbicara sepanjang mandi. hehe.
Kali ini cerita ayam ABAH yang menetas 8 ekor anak yang comel dan ketika saya berada di kampung sempat menjengah anak ayam yang baru sahaja menetas dan kaki juga belum kuat untuk berlari. Comel! comel! Seperti mana bayi yang baru lahir begitu juga dengan anak ayam yang lahir dengan izinNYA. owh.. memandangkan saya masih belum mempunyai anak kandung sendiri untuk dirakam potret maka saya kongsikan potret anak-anak ayam ABAH. Benar saya juga mempunyai keinginan untuk merakam potret anak sendiri namun belum masa. Semoga hajat dan doa dimakbulkan suatu hari nanti. Ameen.
they are lovely!
masih ada telur yang belum menetas
ini ibu ayam
kasih sayang antara saudara
sesi potret bersama mrs Cyana
so cute!
this is my favourite piece!!!
owhh... you are so pure and lovely!!!
No comments:
Post a Comment