Saturday, April 5, 2014

* the HALF me *

 
Assalaam alaykom.... first and foremost big thanks to my lil diary yang membuatkan saya tidak kering idea untuk berbicara sebagaimana bila bercakap tanpa noktah... cuma saya mahu cuba untuk belajar bercakap dengan nada perlahan agar si pendengar itu tidak terpinga. hehe. Jika sebelum ini entry lalu " It's YOU! my dear Supportive Shadow " yang mana ketika itu baru terasa pentingnya setiap catatan itu bila mana ianya menjadi rujukan buat penulisnya. Benar tidak semua perkara kita bisa ingati, maka rekod itu penting dijaga serapi mungkin. Apa itu rekod? Rekod adalah set maklumat yang dikumpul dan telah berlalu yang mana ianya bisa menjadi rujukan aktif atau arkib. Pentingnya rekod atau dokumen adalah ianya tempat rujukan dan mungkin jika suatu hari saya tiada, blog ini akan menjadi bahan rujukan sebagaimana kini kadang saya sendiri akan merujuk cerita dan peristiwa di dalamnya, bukan sahaja tentang catatan kerja malah ianya juga catatan peribadi yang mana sesuatu peristiwa itu mungkin akan terkesan kepada sesiapa sahaja. hmm. 

Kesempatan ini juga mahu saya rakamkan terima kasih buat mereka yang menilai prestasi kerja saya sepanjang perkhidmatan di organisasi besar ini. Alhamdullillah beberapa hari lalu telah menerima ganjaran dalam bentuk bonus yang mana rezki itu pastinya membuahkan senyuman kerna prestasi dinilai dan ianya pasti akan membuat saya mahu terus berada dalam kelompok cemerlang. Benar kadang ketika ada masa bangun dan jatuhnya namun selagi daya mahu terus tersenyum walaupun dilihat kepada kesimpulan tiada perkembangan kerjaya selain hanya kepada penambahan tanggungjawab dan tugasan sejajar dengan perubahan skop kerja semasa. hmm. Anyway thank you to ALLAH swt yang terus memberi kekuatan, kesihatan dan rezki kepada keluarga kecil saya untuk terus menyumbang sedikit tenaga di alam fana ini. Syukran.

No comments:

Post a Comment