Assalaam alaykom... welcome April!!! Benar pantas masa meninggalkan kita yang sering kali leka. Baru terasa semalam sahaja Januari hari ini sudah menjengah bulan ke-empat maka sudah suku tahun namun masih lagi meninggalkan teka-teki seperti kehilangan pesawat MH370 yang belum ketemui. Seketika terasa tenang kerna meninggalkan kotaraya walaupun sudah pasti bila nanti melihat bucu KLCC itu maknanya takkan henti berlari seperti lipas. huhu. Namun seketika itu amat bermakna kerna mata dilayari pemandangan separa hijau sawah bendang yang sudah dituai. hmm. Namun saya gembira kerna bisa mempelajari sesuatu subjek baru yang berkaitan penjagaan alam sekitar dan kesempatan meronda sekeliling kilang juga sudah pasti membuat saya lebih teruja mengenali peralatan dan mesin yang mana selama ini kerap kali hanya mendengar nama sahaja ketika membuat penilaian dalam mesyuarat tender. Dan bila mana bertentang mata, pastinya saya sendiri akan tersenyum... pabila mendengar IBD, rough cleaner, Hot Water Generator, Sieve, Cyclonic Husk Furnace, Sekam dan sebagainya. Itu belum lagi melihat bumbung, lantai, jalan, pagar dan longkang... hehe. Benar bukan? Jika kita menyukai sesuatu, sebut nama juga bisa menyuntik kegembiraan. hmm.
Sebelum kembali kepada rutin biasa, mahu sahaja akui benar rindu akan rutin biasa itu, bangun dan mengejar keretapi... kemudian sambil makan sambil celoteh kemudian melangkah lesu pulang menjelang senja.
smiley eyes
pemandangan tanah sawah selepas musim tuai
lovely you!
musim bunga yang membuat saya teruja
chubby me!
and last but not least... my favourite piece!
soooo peaceful! Alhamdullillah.
soooo peaceful! Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment