Assalaam alaykom... sementara mata masih belum terlena dan sambil menunggu mid-nite movie, mari mengimbas kenangan sepanjang kerja yang mana 80% daripadanya adalah melibatkan dokumentasi. Okay... memandangkan tender keselamatan ini telah sampai kepada pemilik barunya iaitu pelantikan syarikat baru bagi tempoh setahun mendatang maka recap sebentar tentang situasi sepanjang mengendalikan tender yang setakat ini mencatat penglibatan tertinggi penender dari seluruh negara.
Dokumentasi bermula sejak bulan Oktober 2013 yang lalu yang mana beberapa semakan sebelum mengeluarkan dokumen lengkap kepada para penender. Panggilan tender bermula November dan di susuli empat sesi taklimat di cawangan-cawangan utama. As for me, bersama miss Tender kami ditugaskan untuk bertemu dengan pelanggan untuk perancangan tender dan mengendalikan sesi taklimat di Ibu Pejabat. Kemudiannya menguruskan sesi pembukaan tender yang mengambil masa selama dua hari penuh manakala sesi penilaian teknikal tender mengambil masa selama lima hari penuh. Seterusnya ke sesi penilaian pusat dan pembentangan ke peringkat Pengurusan sebelum memilih syarikat perkhidmatan keselamatan baru ke seluruh premis syarikat. ohh.. yang pasti cabaran utama adalah apabila mengendalikan tender terbuka yang membawa nilai jutaan ringgit ini, beberapa rintangan dilalui dengan tenang dan pastinya jika semuanya disusun sebaik mungkin dan mengikut prosedur dan aturan, lebih mudah untuk menjawab sebarang soalan semudah A, B dan C. hiks!
dokumen untuk dinilai pada sesi pembukaan tender
AJK pembukaan tender yang tekun menjalankan tugas
menjelang petang, baru suku sahaja dokumen yang sempat disemak..huhu
the next morning, mulakan sesi pembukaan lebih awal sambil makan pagi sambil mesyuarat
peace Yo!!
my back bone with smile
sesi penilaian teknikal dimulakan dengan taklimat kaedah pemarkahan merit
Process Owner sedang memberi penerangan sambil didengari oleh mr Boss
dokumen-dokumen yang perlu dinilai
waktu bosan dan pose sementara menanti AJK take 10 minutes break
sesi penilaia teknikal diteruskan... mr Roslan ditengah yang mana sesi mesyuarat ini adalah yang terakhir baginya sebelum bersara
take a pose again!
nyummy!!! makan ramai-ramai pada hari terakhir mesyuarat
pose with wakil-wakil AJK yang hadir
ohh! sotong kangkong yang nyaman
sesi penyerahan tugas kepada syarikat-syarikat berjaya
mr Shahri.. ketua SESH menyampaikan surat tawaran kepada syarikat berjaya
last but not least.... gambo kenangan mr Roslan yang telah berkhidmat dengan syarikat melebihi 30 tahun di Jabatan Audit. Respect Abang Lan!!!
Anyway terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan perjalanan tender ini. Semoga pengalaman ini menjadi titik mula dan bisa menambahbaik nilai pada masa mendatang. InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment