KLCC... tyme to say GoodBye!
Assalaam alaykom... pejam celik pejam celik sudah masuk ke bulan Masihi Mei dan bulan Islam Rejab. Dan bila menjengah ke blog rupanya hampir separuh bulan mulai bersawang dek kerna cik puan empunya blog yang di landa mood kemalasan dengan tiada rasa keriangan untuk meninggalkan kawasan ofis yang sudah menjengah masuk ke tahun keempat menetap disitu. Dalam tidak sedar itu, sudah empat tahun berulang-alik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, dalam tidak sedar terasa diri gigih setiap pagi mengejar waktu tren dan dalam tidak sedar waktu habis sebegitu sahaja. Dalam kesibukan pastinya saya lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti selain dari kerja hakiki namun jika tidak sibuk dengan aktiviti terasa diri pula yang semakin malas... mungkin benar kata bila keadaan terpaksa kita akan berbuat sesuatu, namun bila mana diberi pilihan kita tidak bisa memilih mahu yang mana satu.
Ceritanya, saya menghitung hari untuk meninggalkan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur dalam erti kata lain pastinya akan merindui puncak menara KLCC atau stesen LRT KLCC yang menjadi dekat di mata dekat di langkah kaki. hmm. Masih segar di ingatan ketika tahun 2010 ofis berpindah ke Menara HLA dan selepas dua bulan di situ terdengar khabar angin kami bakal pindah lagi tiga tahun. Ketika itu tak dapat bayangkan betapa terasa sakit hati dan sedih kerna penat menguruskan hal ehwal pindah belum lagi habis namun di dengari pula cerita baru. Benar kata mulut lebih pantas menyebar cerita namun kenapa sehingga hari ini juga 'pattern' itu masih sama? hmm. Mungkin mereka berasa selesa mereka cerita dan membuat orang lain pula tidur tak lena.
Tahun 2014 sekali lagi diberi khabar berita terbaru yang mana kami akan berpindah ke entah mana lokasinya. Dan ketika saat ini, barulah saya mendengar pujian hal ehwal perpindahan yang lalu... begitu dan begini. Tetapi tahukah ketika tahun 2010 yang lalu cabaran dan tohmahan pelbagai juga dek mahu memuaskan hati semua pihak. Yang pasti saya berada di landasan 'pelaksana kerja' bukannya 'pembuat keputusan' maka kami hanya menjalankan arahan sebaik mungkin sebagaimana aturan yang telah dirancang oleh pihak yang sepatutnya memikirkan apa yang terbaik untuk pekerjanya. Enough said! Pengalaman menguruskan perpindahan yang lalu menjadi saya lebih kuat untuk berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam. Kepenatan kalian untuk membungkus barangan ke dalam kotak tidak akan sama sekali kepenatan mengawal minda untuk terus mengukir senyuman. Apa yang pasti, saya bersyukur diberi tanggungjawab sebagai 'Coordinator' yang mana membuat saya semakin tabah dalam menghadapi sebarang masalah. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaian, fikir dan lakukan yang terbaik. InshaAllah ada jalannya.
No comments:
Post a Comment