mrs Tender and docs
Assalaam alaykom... memang benar masyarakat kita lebih gemar melatah dan menyebarkan cerita sepantas yang mungkin walaupun ianya belum benar berlaku. owh yang terpanas sepertimana isu kehilangan MH370 dan bagaimana mr Boss mengaitkan bahwa jika kita hanyut, kapten akan turut bersama. Dan kerna itu mr Boss walau dalam keresahan mencuba sedaya mungkin memastikan kami tidak terawangan atau dalam erti kata lain tidak dilanda kehilangan mood kerja. Benarlebih mudah mendapat berita sahih daripada berita yang tidak pasti. hmm. Bayangkan dalam keresahan kami paksa bibir menyukir senyuman dan terus menguat diri untuk terus memberi perkhidmatan terbaik. owh! seperti mana anda melihat saya bergambo dengan tebalan salinan dokumen untuk sesi mesyuarat, bayangkan jika suatu hari nanti ianya akan hanya tinggal sebagai kenangan. Yang pasti ianya akan menjadi kenangan cuma entah bila menjadi nyata.
Benar saya berjiwa rapuh, tidak mampu untuk menahan kesedihan jika benar perlu berpisah. Benar saya tidak cekal hati walaupun sesekali saya degil seadanya. Namun sedaya mungkin cuba untuk menandangi masalah sebaik mungkin. Alhamdullillah ALLAH swt memberi minda untuk mengawal kesabaran dan tidak bertindak diluar duga. Dan bagaimana rasional serta tindakan kita dalam berkomunikasi mencerminkan siapa kita sebenarnya. Bayangkan bilamana anda hanya melayan 'rumors', bercerita dimana sahaja seperti kerja hakiki tiada kepentingan pula. Ada mata bisa melihat ada telinga bisa mendengar. Jangan sentiasa berkata kerja dengan ikhlas sepenuh masa namun realiti lain cerita. Tetapi dalam apa jua keadaan, cubalah kita berfikir positif mengapa ianya berlaku dan mengapa sesuatu keputusan itu dibuat. Janganlah terus menuding jari dan memburukan orang-orang yang mungkin hanya menjalankan tugas mereka sebaiknya. Bayangkan jika anda pula yang perlu berada di landasan membuat keputusan... Please grow up! Sampai bila anda hanya mahu mementingkan diri dan tidak berfikir sebaliknya, mungkin mereka yang membuat keputusan itu kurang bijak dalam membuat keputusan yang tepat dan betul.
" Rumors are carried by haters, spread by fools, and accept by idiots!"
Enough said!
No comments:
Post a Comment