Tuesday, March 25, 2014

* No SMILE to SMILE *

Assalaam alaykom... tanggal 24hb Mac 2014, masuk ke hari ke 17 kehilangan pesawat MAS Airline MH370 yang sentiasa menjadi tanda tanya dan setelah usaha sedaya mungkin banyak pihak, hari ini diumumkan hasil kepada Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang mana MH370 terhempas di Lautan Hindi Innalillahiwainnailaihirajiun... yang mana tempat laluan yang sunyi di dunia yang mana kedalaman lautannya melebihi jangkauan ketinggian berganda-ganda dari bangunan pencakar langit di dunia. Mungkin cerita penuh pesawat hilang dari radar menjadi tajuk utama semua media masa dan tak terdapat bayangkan bagaimana pasukan yang terlibat dalam misi tersebut yang mana harus LIVE 24 hours dan bagaimana pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Bukan simpati yang mereka dambakan namun kesenangan yang dikejarnya. hmm. 

Secara tidak langsung, sedikit sebanyak kita juga dapat belajar tentang kerjaya juruterbang dan selok-belok pesawat yang mana tahap keselamatan yang tak terfikir dek akal. Bagaimana tanggungjawab seorang juruterbang yang membawa beribu nyawa dan harus ZERO-ERROR! Dongak sebentar ke atas langit petang tadi yang mana pagi hari dan petang hari langit segar dihiasi matahari yang bulat dan lebih besar dari biasa. SubhanALLAH. Sinarannya lebih luar biasa.

Berita terkini dikhabarkan pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi tetapi kenapa tidak dinyatakan TERHEMPAS atau sebaliknya. hmm.. Pengesahan objek belum dibuat namun khabar sedih yang telah dimaklumkan terlebih dahulu. Mungkin masih ada harapan terhadap 239 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat tersebut. Apa yang saya tercuit hati antara barangan yang dibawa antara lain bateri litium mudah terbakar dan pallet kayu... erm.. kayu juga mudah terbakar walaupun secara langsung sel kayu hidup sebenarnya.

 Petang hari menjelang senja pada 24 Mac 2014

Bayangkan bagaimana bergelora air di Lautan Hindi yang luas terbentang dan terpencil berbanding dengan ruang Laut di Pulau Pinang (seperti gambo di atas) yang saya kira tidak sampai dua peratus daripada Lautan Hindi jika dibanding dengan kedalaman atau sebagainya. Bila terpandang lautan itu entah tidak dapat saya bayangkan bagaimana mungkin saya tersenyum dalam paksa. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sesuatu yang misteri berlaku itu kehendakNYA. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Semoga masih ada sinar untuk kembali mengukir senyuman. 

Keep DU'A. Ameen.

No comments:

Post a Comment