Monday, July 18, 2011

* BORNEO Escapade @ Day ONE *


Assalaam alaykom, hari pertama menjejak kaki di Bumi Kenyalang adalah hari yang membahagiakan.. kerna hari bercuti di kala orang lain bekerja. Namun padahnya, telefon asyik berdering bertanyakan tentang kerja. huhu. Walaupun bercuti keutamaan tetap diberikan kepada kerja. Gembira rasanya jika bercuti di luar negara... tak perlu lagi menjawab panggilan tentang kerja. hehe. Sebaik sahaja mendarat, terus mencari peserta2 Borneo Escapade yang empat orangnya terbang dari Penang. Untuk trip kali ini, hanya 7 orang peserta yang menyertai pakej Borneo Escapade anjuran Tehez Consolidator yang berpangkalan di Kuching. Team ini semuanya terdiri daripada photographer tegar dan separa tegar... yang separa tu geng wanita-lah.. hehe. Geng lelaki sememangnya rajin, they all mulakan shootin' biasanya sesudah subuh dan hanya berhenti di tengah malam. hmm. Semua objek...semua detik yang dirakam. Terkadang seperti pelik apa yang mereka rakam, tetapi hasilnya Awesome!!!! Saya pula yang cuba memasang angan2 untuk menjadi sebaris mereka.. bisa merakam sesuatu yang kreatif selain gambo potrait sendiri. ahaks. Mungkin itu bezanya wanita memang lebih suka bergambo sendiri. hehe.

owh.. pertama kali juga saya bercerita Last IN First OUT... agak kelam kabut juga dibuatnya. hehe. Mulanya buntu kerna banyak gambo2 yang dirakam hilang dengan mr BTorch. Terkedu juga seperti kehilangan anak kucing meowmeow... huhu. Begitu pentingnya gambo bagi saya kerna apa yang dirakam itu membawa pulang seribu kenangan. hmm. Bayangkan jika hardisk crash??? Arghhhh!!!! Seperti itu juga saya menjadi buntu bila berdepan dengan masalah kehilangan data. hmm.

okay.. berbalik cerita perjalanan team Borneo Escapade, we all bertolak dari Kuching Airport menuju je Taman Negara Gunung Gading, Lundu. Kerna mahukan peserta2 lain merasai pengalaman menaiki feri tambang, maka we all melalui jalan kampung yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Sampai di Pekan Lundu, kami terus menjamah makan tengahari yang rata2nya berlauk seafood kerna kedudukan pekan ini berhampiran pantai.

mr Rul Amin & mr Moose di atas feri

feri tambang yang digunakan untuk menyeberangi sungai

near the temple

naga penjaga tokong

owh.. deer!!!

singgah ke pasar sayur

makan tyme

pencuci mulut

selepas makan, we all ke Taman Negara Gunung Gading

suasana ruang tamu dalam chalet

owh.. habiskan waktu petang dengan bermandi-manda. Yang lain trackin' ke dalam hutan bersama pelancong2 Korea yang mencari labah2. Short entry, kerna ketiadaan gambo dan kemalasan untuk mencari gambo2 dari lappy hubby Moose. Malam hari bakar bbq dan makan beramai2... Dah kenyang? dapatlah tidur dengan aman. hiks.

No comments:

Post a Comment