Showing posts with label bornoe escapade. Show all posts
Showing posts with label bornoe escapade. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

* the BORNEO Escapade team *

Salaam sisters & brothers... mari berkenalan dengan team Borneo Escapade yang bersama selama 5 hari 4 malam.. owh.. merata tempat kami pergi, bermula dari Airport Kuching bergerak ke Gunung Gading di Lundu kemudian Fairy Cave di Bau, melawat orang utan di Semenggoh, bermalam di rumah panjang di Annah Rais, melancong ke Taman Negara Bako yang kaya dengan pokok bakaunya, then ke Rainforest di Santubong dan diakhiri dengan town tour di bandaraya Kuching, Sarawak. erm... suatu pengalaman yang menarik walaupun kami sedikit penat pabila setiap hari mengangkut beg pakaian ke sana ke mari. Itu belum dikira lagi menaiki bukit dan mendaki gua. hehe. Namun perjalanan kali ini memang menarik. Jika di lihat pada peta, bentuk perjalanan kami adalah berbentuk bintang bucu lima. hiks.

Jika ada rezeki, we all mahu kembali lagi ke Bumi Kenyalang tetapi mungkin berhajat mahu ke kawasan pendalaman pula.. hmm. Seriously I LOVE SAGHAWAK!!!!! owh... mari berkenalan dengan para peserta Bornoe Escapade secara dekat...

brother Keris Tuah from Penang, kebetulan hari pertama menjejak kaki ke Sarawak, brother Keris Tuah menyambut ulang tahun kelahirannya. Peminat 'nature' and 'black & white'

brother Asri from Penang, juga Peminat 'nature'. hasil2 gambonya memang meletop

brother Rul Amin peminat macro & modellin'.

sista Nor, wifey brother Asri yang comel dan kecil molek

miss Kantan, yang sedikit malas mahu membawa mr nik yang berat...kini sedang menetap di utara tanahair.. hehe.

hubby Moose yang penuhnya seperti mandi jek.
erm.. peminat 'candid','nature' & artistic photography

mr Azman Hezri.. the organizer

brother Ali Naufal... yang tersengih memakai Tshirt rasmi Borneo Escapade

brother Malindo a.k.a mr driver a.k.a tourist guide

owh.. tidak lain tidak bukan, mrs verangan yang menjadi puteri main buaian. erm.. mrs Cyana loves 'life style', 'candid moment' & 'pose style' .. ahaks!!

the Borneo Escapade team pose at Sarawak Cultural Village...
{credit to hubby Moose for this lovely photo}

Monday, July 18, 2011

* BORNEO Escapade @ Day ONE *


Assalaam alaykom, hari pertama menjejak kaki di Bumi Kenyalang adalah hari yang membahagiakan.. kerna hari bercuti di kala orang lain bekerja. Namun padahnya, telefon asyik berdering bertanyakan tentang kerja. huhu. Walaupun bercuti keutamaan tetap diberikan kepada kerja. Gembira rasanya jika bercuti di luar negara... tak perlu lagi menjawab panggilan tentang kerja. hehe. Sebaik sahaja mendarat, terus mencari peserta2 Borneo Escapade yang empat orangnya terbang dari Penang. Untuk trip kali ini, hanya 7 orang peserta yang menyertai pakej Borneo Escapade anjuran Tehez Consolidator yang berpangkalan di Kuching. Team ini semuanya terdiri daripada photographer tegar dan separa tegar... yang separa tu geng wanita-lah.. hehe. Geng lelaki sememangnya rajin, they all mulakan shootin' biasanya sesudah subuh dan hanya berhenti di tengah malam. hmm. Semua objek...semua detik yang dirakam. Terkadang seperti pelik apa yang mereka rakam, tetapi hasilnya Awesome!!!! Saya pula yang cuba memasang angan2 untuk menjadi sebaris mereka.. bisa merakam sesuatu yang kreatif selain gambo potrait sendiri. ahaks. Mungkin itu bezanya wanita memang lebih suka bergambo sendiri. hehe.

owh.. pertama kali juga saya bercerita Last IN First OUT... agak kelam kabut juga dibuatnya. hehe. Mulanya buntu kerna banyak gambo2 yang dirakam hilang dengan mr BTorch. Terkedu juga seperti kehilangan anak kucing meowmeow... huhu. Begitu pentingnya gambo bagi saya kerna apa yang dirakam itu membawa pulang seribu kenangan. hmm. Bayangkan jika hardisk crash??? Arghhhh!!!! Seperti itu juga saya menjadi buntu bila berdepan dengan masalah kehilangan data. hmm.

okay.. berbalik cerita perjalanan team Borneo Escapade, we all bertolak dari Kuching Airport menuju je Taman Negara Gunung Gading, Lundu. Kerna mahukan peserta2 lain merasai pengalaman menaiki feri tambang, maka we all melalui jalan kampung yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Sampai di Pekan Lundu, kami terus menjamah makan tengahari yang rata2nya berlauk seafood kerna kedudukan pekan ini berhampiran pantai.

mr Rul Amin & mr Moose di atas feri

feri tambang yang digunakan untuk menyeberangi sungai

near the temple

naga penjaga tokong

owh.. deer!!!

singgah ke pasar sayur

makan tyme

pencuci mulut

selepas makan, we all ke Taman Negara Gunung Gading

suasana ruang tamu dalam chalet

owh.. habiskan waktu petang dengan bermandi-manda. Yang lain trackin' ke dalam hutan bersama pelancong2 Korea yang mencari labah2. Short entry, kerna ketiadaan gambo dan kemalasan untuk mencari gambo2 dari lappy hubby Moose. Malam hari bakar bbq dan makan beramai2... Dah kenyang? dapatlah tidur dengan aman. hiks.

* BORNEO Escapade @ Day TWO *

Assalaam alaykom... day two at Taman Negara Gunung Gading, Lundu Sarawak yang terkenal dengan Refflesia Tuan Mudae iaitu salah satu spesis refflesia yang terdapat di dunia. Kunjungan kali ini tidak membuahkan hasil kerna refflesia di sini baru sahaja berputik dua minggu yang lali. Lucky me my visit on last January sempat juga bergambo dengan refflesia. SMILE!! Nevermind.. lain kali bisa berkunjung ke sini lagi kan? ehehe. Pagi2 lagi kami berkemas untuk bergerak ke lokasi yang seterusnya iaitu Fairy Caves di Bau. Perjalanan ke Bau mengikut jalan darat mengambil masa lebih kurang satu setengah jam.

okay... as usual kenangan di papan tanda.. hehe

pintu masuk ke Taman Negara Gunung Gading yang memisahkan kawasan kampung dengan taman negara. Pintu ini di tutup dari jam 7 malam ke 6 pagi

with my lurvely hubby Moose bergambo di papan tanda juga... Ada pernambahan decor iaitu burung dan beberapa haiwan lain yang dijadikan hiasan

then singgah sebentar di pasar nelayan Lundu yang bersebelahan sungai

Kelihatan nelayan baru pulang dari menjala ikan

ikan terus dijual kepada pemborong

terus jual kepada pembeli

ikan besar disiang sisiknya

pasar Lundu terkenal dengan ikan2 yang segar

macam2 jenis ikan ada


ketam juga ada

opss!! lalat mencari ikan yang busuk

ikan mata merah

macam sembilang kan?

ikan kering

anak kecil di Lundu

okay... tinggalkan pakcik transformers dan ikan2nya

menuju ke Bau... permandangan sawah padi berhadapan dengan gua

pose dengan Tshirt peserta

tu dia... amik gmbo dengan tripod halus.. hehe

di bawah gua batu kapur

sebelum masuk ke dalam gua, we all diberi penerangan oleh brother Malindo

naik ke Gua Fairy...dulu saya naik separuh jalan.. hehe. Entrynya di sini ya.

so small... am I? hiks

the Fairy

pose kenangan sebelum meninggalkan Fairy Cave

then menuju ke Semenggoh untuk melihat Orang Utan Borneo yang bulunya berwarna keperangan

shoot orang utan dari jauh... using 50mm

banyak juga periuk kera di sini.. beautiful!

layan nasi ayam penyet di Semenggoh

pembuat roti canai yang sedikit unik

kerna menggunakan roll kuih buat roti canai. hehe

then we all menuju ke perkampungan Bidayuh di Annah Rais

tempat memerah tebu

masyarakat Bidayuh terkenal dengan penggunaan buluh

buluh2 yang disimpan untuk dijadikan kayu api

Bidayuh Man!!! my best shot... i guess!

candid di jambatan yang air sungainya jernih

miss Kantan at Annah Rais

team photog sedang berdiskusi

before pulang... pose again di papan tanda.. hehe

senja menjelang

van yang membawa kami berjalan2

singgah di kawasan gereja berdekatan

terdapat pokok2 kapas yang besar

again!!! mrs Cyana with papan tanda.. hehe

ke Serimu Long House untuk bermalam di rumah panjang

we all membantu Aunty memasak ayam pansuh

special dishes... ayam yang di masaki dalam buluh

the ayam pansuh

makan tyme!!!!

Pengalaman yang menarik walaupun agak meletihkan.. Bergotong-royong, masak dan makan ramai2... suatu memori yang indah. Indah lagi kerna team wanita memasak, team lelaki sibuk bereskperimen dengan kamera mereka di pondok buluh Aunty. Banyak juga tips yang kami perolehi dari Aunty yang berketurunan Bidayuh. owh.. ada seekor kucing comel namanya "dedek".. Manja sangat! Good nite!!!