Saturday, July 16, 2011

* yellow on Saturday *

pose with my yellow dress plus red shirt... keep smilin' babe!

Assalaam alaykom sisters & brothers... I wanted to post this entry last Saturday. Tetapi ketika itu saya berada si tengah jalan raya Bornoe Highland tanpa capaian Internet. Hati berdebar kerna tahu di Ibu Kota Kuala Lumpur sedang berlangsung tuntutan BERSIH 2.0. Mungkin sesetengah pihak menggangap BERSIH 2.0 menyusahkan rakyat jelata yang mahu ke bandaraya pada hari tersebut...Semua aktiviti dan program terpaksa dibatalkan kerna rakyat sebenarnya tidak dibenarkan memasuki Ibu Kota. Rakyat dilayan seperti pesalah jalanan. hmm. Tetapi perlu diingatkan juga kepada pelapis muda secara amnya, dan kepada mereka2 yang hanya mendengar propaganda di TV sahaja.... tuntutan BERSIH 2.0 bukanlah baru dibuat sebulan yang lalu ya. Tuntutan BERSIH 2.0 telah dikemukakan lebih awal... terdiri daripada gabungan NGO, bukan hanya parti pembangkang. Tetapi kenapa ISU yang diketengahkan hanyalah KEGANASAN, PARTI PEMBANGKANG, ISU KAUM & AGAMA di gembar-gemburkan, dan PERHIMPUNAN HARAM dilabelkan. Kenapa semua ini terjadi?

Bagi saya rakyat kecil yang hanya mempunyai pengetahuan umum politik secara minima, saya berpendapat pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan dan mencari jalan penyelesaian yang lebih ideal. Kenapa tidak mengadakan perbincangan? Kenapa perlu ditakut-takutkan rakyat dengan pelbagai perkara negatif? Kenapa perlu wujudnya pasukan MERAH di kaca TV... owh.. bila pasukan MERAH membuat sidang media di kaca TV, liputannya amat meluas. Ianya tidak pula terjadi kepada pasukan KUNING ya? Malah pasukan KUNING dilayan dengan gari, semburan gas, tangkapan hanya kerna memakai baju kuning malah waran tangkap dikeluarkan kepada pemimpin2 BERSIH sebelum hari perhimpunan diadakan. Secara peribadinya saya melihat pasukan MERAH lebih keras... mengeluarkan kata2 yang lebih kesat dan berbaur ugutan bukannya untuk mengekalkan keharmonian kepada negara. Kenapa pasukan MERAH tidak pula menerima layanan yang sama seperti pasukan KUNING? hmm.

okay... ini antara intipati tuntutan BERSIH 2.0 yang bisa dikongsi bersama...

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

THINK !THINK ! THINK! Saya hanyalah rakyat kerdil yang mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang adat, berbilang etnik dan berbilang fahaman politik dan agama. enough said! sooooo just wear any color... warna itu hanyalah perangsang kepada mood sahaja.. yang penting pegangan hidup kita dalam memperjuangkan hak2 asasi sebagai RAKYAT MALAYSIA!


2 comments:

  1. klau tgk dari senarai tuntutan tak ada satu berkaitan agama. Tapi apa yg disampaikan kepada rakyat??????

    ReplyDelete
  2. Kak Yan,

    agree with u. lain yg dituntut lain pula yg disampaikan.. hmm.

    ReplyDelete