Assalaam alaykom... erm, bila seketika tidak bercerita di sini, jari pun menjadi kaku...otak pula semakin buntu. Mood bercakap seperti semakin berkurang... atau mungkin saya bisa menjadi pendiam? owh.. jika saya bertukar menjadi pendiam, itu mungkin bukan saya lagi. Pendiam lebih sinonim dengan mr Cyana bukannya mrs Moose. ahaks!! Bak kata hubby Moose, kalau saya berjumpa GGO, memang seperti bertih jagung berputar menghasilkan popcorn. Popcorn kalau layan sambil menonton Harry Porter sedap jugakkan Mucab? hiks.
owh.. last wednesday, seperti biasa setiap pagi saya akan memutar siaran radio. Rutinnya jika memandu ke ofis di kala terlewat bangun..{oppss!}, saya pasti akan memutar 93.9 untuk berita dan 97.6 untuk releasekan tekanan sambil melayan celoteh DJsnya. eh, pagi2 pun bisa tertekan bukan kerna memikirkan kerja tetapi kerna terpaksa menekan pedal selaju 30km/j. grrr!!!! Saya rasa tekanan warga di ibukota lebih kepada menghadapi kesesakan lalu lintas pergi dan pulang kerja... Bayangkan jika setiap hari peruntukan masa 3-4 jam hanya di atas jalan raya? Itu belum lagi kes mengira lampu dan mengira pegawai traffic. hehe. eh... tersilap cerita pula, actually ceritanya semasa melayan celoteh DJ tentang cadangan JPJ mahu menetapkan tarikh tamat lesen memandu sama dengan tarikh lahir pemiliknya kerna kebanyakan pemandu tidak mengingati tarikh tamat lesen memandu. hmm.
okay.. saya secara peribadinya gemar memperbaharui lesen memandu 5 tahun sekali, kerna setiap kali menukar lesen saya pasti dapat menampal wajah terbaru.. ahaks! Kemudian saya tukar 2 tahun sekali kerna ketika itu tiada gambo pilihan hati. kwang2. Maka sudah pasti tarikh tamat lesen tak bisa saya ingati. hehe. Kebetulan bila mendengar celoteh DJ, saya terus mencapai lesen memandu... "alamak! dah 2 hari mati". Terus mata mencari pegawai traffic, terus otak berfikir itu dan ini... kerna takut juga jika kemalangan, HABIS-lah! grr!!!!
owh.. 2 tahun SAHAJA!!!
pilih yang mana satu?
Kanan gambar tahun 2007 manakala yang kiri tahun 2011.
Yang pasti sebelah kanan itu gambar official pertama berhijab berstatus Miss Cyana. hehe.
So, cadangan JPJ untuk menamatkan tarikh tamat lesen memandu pada tarikh lahir bagus juga. Sekurangnya ramai juga yang akan mengingati tarikh tamat lesen. hmm.
No comments:
Post a Comment