Assalaam alaykom, sambungan hari kedua ketika berada di Bumi Indera Kayangan Perlis yang terkenal dengan mempelam harumanis. Namun ketika lawatan ini, musim harumanis sudah tamat, maka tengok pokok jek la.. hehe. Hari kedua di Kuala Perlis, seawal pagi kami pergi ke Padang Besar.. owh!! A place to go!!!! Teringin juga mahu melihat apa yang menarik di Padang Besar. Kesimpulannya, hanya terdapat baju2 yang dijual lebih murah... makanan dan pasar menjual barangan dapur juga boleh diperolehi dengan harga yang lebih rendah. Bandarnya lebih mirip dengan suasana bandar di daerah Thailand. Kata jiran, memang aura Siam lebih terasa kerna warganya berbicara loghrat Pattani. Teringin juga suatu ketika dahulu pernah pergi ke Wang Kelian bersama ABAH. Ketika itu ABAH mempunyai tukang masak warga Thailand, maka setiap 3 bulan sekali mereka harus pulang untuk memperbaharui cop. hmm. well.. pasar Wang Kelian suasananya mirip pasar Serikin, cuma warga di situ lebih bergaya tetapi hanya memakai selipar. hehe.
Perjalanan dari Kuala Perlis menuju ke Padang Besar mengambil masa selama 45 min. hmm. Sempat tidur la jugak dalam perjalanan.. hehe.
















pose bersama Kakcik Seroja {rupanya tiada gmbo kita berdua la Kakcik.. huhu}

{siap dengan jerawat beso lagik..arghh}
Gembira dapat bertemu dengan perwakilan dari serata Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat dalam menguruskan mesyuarat KBM & KALPANA pada tahun ini. Jika umur panjang, dapatlah kita bertemu lagi. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment