Sunday, July 17, 2011

* AL-FATIHAH | YB Hjh Dr Lo'lo' *

AL-FATIHAH!!

YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa dalam kenangan


Innalillahi wa inna ilaihir raji`un...
Tanggal 15 Syaaban 1432H, Dr Hjh Lo'Lo' telah meninggal dunia pada usia 54 tahun di sebabkan sakit lung cancer. Ketika ini jenazahnya sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat Kuala Lumpur.

Petang tadi saya sempat bersama IBU ke Hospital Selayang. Tetapi kerna Dr Lo'Lo ketika itu sedang dirawat, pelawat tidak digalakkan berjumpa beliau. Kami hanya mampu berdoa buatnya. Pertama kali saya bertemu beliau ketika The Wayfarers mengadakan persembahan di majlis resepsi anaknya beberapa tahun yang lalu ketika itu beliau masih belum lagi memegang gelaran 'Yang Berhormat'. Bagi saya beliau seorang yang mudah untuk didekati, berjiwa rakyat, lembut tetapi tegas dan lantang pabila bersuara... Seorang srikandi yang sukar untuk di cari ganti seperti namanya juga yang sedikit unik bagi saya. hmm.

Dan ini adalah gambar terakhir saya bersama YB Dr Lo'Lo ketika itu beliau sangat berhajat untuk bertemu dengan brother Maher Zain. Ketika ini beliau baru sahaja keluar dari hospital dan masih menerima rawatan. IBU mengaturkan temujanji dan dapatlah kami menunaikan hajat, begitu juga kata IBU petang tadi...sempat juga IBU membawanya ke Kuala Selangor baru-baru ini untuk menikmati masakan ikan segar. SubhanaALLAH..rupanya itu adalah permintaan terakhir sebelum beliau meninggalkan alam fana ini.

Semoga al-marhumah tergolong dalam kalangan MUSTARIH dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Amin ya rabbal alamin.

2 comments:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya aman dan tenang di sisi Maha Pencipta. Amin.

    ReplyDelete
  2. Kak Cik... we will miss her... semoga rohnya di tempat golongan yang ALLAH sayangi.Ameen

    ReplyDelete