Assalaam alaykom.... berehat di hujung minggu sangat menyamankan. Kerna hari2 minggu jarang sekali saya dapat berehat sambil menonton tv. Yang pasti rancangan kegemaran adalah "berita". Saya jarang2 membeli surat khabar, apatah lagi membaca. Selalunya sumber alternatif yang di rujuk adalah "online newspaper" atau berita. Mendengar lebih mudah... buka sahaja volume yang lebih kuat, membolehkan kita membuat dua kerja dalam satu masa.
Seperti sedia maklum, "berita" terhangat di negara adalah DUA PRK yang bakal menjelang.. Kerdau dan Merlimau! maka setiap satu intipati "berita" adalah mengenai habuan2 yang bakal diterima sekiranya pengundi memilih parti pemerintah. Apa isunya? Sebagai pemerhati...saya terasa adalah sangat bosan kerna "berita" sarat dengan cerita di kawasan mengundi. Apakah berita lain kurang pentingnya? Apakah rakyat lupa yang selama ini perti pemerintah telah banyak memberi manfaat kepada rakyatnya... owh.. mungkin lebih manfaat kepada pemerintahnya. Apakah rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang habuan2 yang bakal di terima? Apakah ini lebih menjurus kepada ketidakadilan? Cuba fikir secara neutral... Jika benar parti pemerintah ADIL & SAKSAMA... kenapa "berita" hanya memuatkan cerita dari sebelah pihak? Sedangkan yang mahu bertanding nanti adalah dari dua parti yang berbeza.
Maaf jika keras teguran dan kata2 saya. Saya hanyalah pemerhati kecil yang bukan bijak tentang ekonomi secara amnya. Namun saya berharap ANDA-ANDA yang menjadi wakil2 yang telah dipilih rakyat lebih intelektual dalam menyampaikan pendapat atau kata2. Mungkin ketika anda berucap, anda menyampainya kepada rakyat di luar bandar yang tidak ada sumber rujukan alternatif lain... Tetapi kata2 ANDA menunjukkan tahap pemikiran ANDA.
Rakyat sebenarnya kurang faham tentang pembahagian kuasa kerajaan negeri dan pusat. Mungkin kata2 ugutan dari ANDA, membuatkan saya faham.. "Pengundi WAJIB pangkah parti pemerintah negara!!!". Jika tidak.... penduduk di situ akan diabaikan dari segi pembangunan yang telah dilaksanakan terdahulu. Semua projek2 akan diberhentikan, kerna parti pemerintah tidak akan lagi memberi sokongan terhadap projek tersebut. huh! Apa salahnya jika pembangkang menerajui kawasan tersebut dan menyambung kesinambungan pembangunan yang telah dijalankan sebelum ini?
Seorang lagi berbicara tentang ISLAM. Adakah ISLAM di takrifkan melalui harta? ISLAM menyuruh kita berbaik dengan semua tak kira apa sekali agama mereka. Adakah salah jika saya memeluk kawan sejantina tetapi berlainan agama? hmm... enough said! Fikirkan!
Cam ne nak sedarkan rakyat? Calon hanya boleh berjanji bila sebelum menang. Bila menang, poket sendiri penuhkan dulu baru rakyat.. Uppss!!!pandangan aje..
ReplyDeleteKak Yan... calon2 pun byk juga kerenahnya. Bila dah dapat jawatan, ada yg lupa janji2 mereka. hmm.
ReplyDeletebtw.. akak kat mana nie? Kuching kah? ahaks