Assalaam alaykom....bersiaran dari Pulau Mutiara sempena cuti panjang di musim perayaan Tahun Baru Cina. Statistik 2010 menunjukkan Pulau Pinang didiami 41% penduduk Cina berbanding penduduk Melayu sebanyak 43%. Perbezaan sebanyak 2% ini membuatkan rata2 kemana sahaja anda berada... anda pasti akan merasai aura etnik bangsa lain sepanjang berada di pulau ini. Saya yang dilahir dan dibesarkan di pulau ini mungkin bisa berbangga juga kerna membesar dengan campuran etnik. Itu realitinya!! Realiti saya mempunyai darah campuran Melayu, Cina & India. Bagusnya saya tidak mempunyai banyak masalah untuk bergaul dengan masyarakat lain. Yang penting kita harus menghormati hak, adat dan budaya majmuk di Malaysia.
Syukur kita menetap di Malaysia... walaupun berlainan budaya, berlainan bangsa namun kita masih hidup dengan aman damai. Syukur kita kerna walaupun mempunyai pandangan politik yang berbeza... namun masih bisa bersatu dan harmoni. Maka tidak hairan jika anda melawat mana2 tokong sekiranya berkunjung ke pulau ini. Sempena perayaan tahun arnab ini, mari kongsi bersama some shots yang sempat di rakam di bandar Ayer Itam yang sangat meriah dengan sambutan masyarakat Cina sedang membeli-belah dalam membuat persiapan raya.
tokong Kek Lok Si yang dipenuhi dengan sinaran cahaya. Kek Lok Si di bina pada awal tahun 1890 dan merupakan tokong yang terbesar di Asia Tenggara.
old scholl's stuff
tokong yang terletak di atas bukit bersebelahan Bukit Bendera
sebahagian tokong yang masih dalam pembinaan
tanglong2 yang menghiasi jalan2
in row... mr Rul Amin, mrs Cyana & mr Joe Saigon
{tiba2 muka saya seiras muka my brother Joe...sama tembam kot... hiks}
credit to hubby Moose for the lurvely photos.... Superb!!!! muahx!
No comments:
Post a Comment