
Yang penting keharmonian, komitmen, pengalaman, kecekapan, perancangan digabungkan bersama untuk menghasilkan impak positif jika orang berbicara tentang kerja2 ADMIN. {owh.. ini saya rumuskan berdasarkan skop bahagian di tempat kerja saya} Dan Bagaimana pula caranya saya bisa menyumbang idea dan tenaga untuk membantu ADMIN kembali mendapat bertahta. Saya bukanlah contoh terbaik untuk diikuti tetapi percayalah KITA PERLU BERUBAH!!!! Contoh mudah... kita bekerja di syarikat swasta. Kita harus produktif, multitaskin' and work smart. Tinggalkan amalan lama...cukup masa masuk dan pulang kerja, cukup masa pergi minum kopi beramai2... erkkk?? itu belum dikira dengan masa berborak kosong. grrrr! Seingat saya banyak juga bahagian lain sebegitu rupa... tetapi kenapa hanya ADMIN ditunding jari? Kerna ADMIN menjalankan tugas2 rutin...kena ADMIN penting sebenarnya dan ramai yang berhubung dengan warga ADMIN. Tetapi pernahkah anda menilai semula skop kerja ADMIN? Kami biasanya merupakan orang tengah dalam melaksanakan sesuatu kerja... tetapi jika sebarang kegagalan, kamilah juga tempat luahan rasa marah orang lain. owh.. Kami masih lagi tersenyum...Bak kata customer is always right!!!! hmm.
Semoga sesi ta'aruf ADMIN dan rombakan yang akan dilakukan mampu memberi penambahbaikan ADMIN di masa yang akan datang. Berpaksi kepada niat kita bekerja kerna tanggungjawab dan mencari rezeki yang halal...maka anda mampu memberikan yang terbaik. Semoga kita semua diberi kekuatan dan tenaga secukupnya untuk memberi yang terbaik dan antara terbaik. Masih segar lagi tahun lepas, saya memutuskan untuk bertukar jawatan dari IT ke ADMIN. Perubahan itu perlu!!! Kita tak seharusnya selamanya selesa dengan apa yang kita miliki. Perubahan drastik saya telah membuahkan hasil. Rezeki saya di ADMIN!!! dan kini saya bisa berbangga dengan pencapaian itu.... di samping, menimba banyak pengalaman baru. Alhamdullillah. Kini saya memikul tambahan tanggungjawab dan cabaran untuk mengekalkan prestasi kerja setelah pihak pengurusan memberi kepercayaan dan mengiktiraf pencapaian saya. I'll do the BEST! InshaAllah.
No comments:
Post a Comment