Location: Pengkalan Hulu, Perak
Photographer: mr Moose & mrs Cyana
Photographer: mr Moose & mrs Cyana
Assalaam alaykom.... pertama sekali ketika menerima tugasan ini, hati cukup teruja kerna kami bakal ke daerah berhampiran sempadan negara. Seingat saya pernah dulu melalui kawasan ini ketika perjalanan dari Baling ke Kelantan. Kali ini saya akan benar2 ke Pengkalan Hulu atas tugasan kerja. Kata tuan empunya diri... memang jauh kerna rumahnya tidak berjauhan dengan Siam. {erk? jalan kaki pun dah sampai border.. hiks}. Di akhir2 hujung bulan, baru hubby Moose teringat rupanya kami terpaksa berhadapan dengan DUA majlis dalam DUA hari berturutan. Maka jadual perlu dirancang sebaiknya... kerna perjalanan ke Pengkalan Hulu dari exit tol Kuala Kangsar mengambil masa selama DUA jam. Tetapi cabaran kami adalah majlis perkahwinan sebelumnya adalah di sebelah malam. Akhirnya jam 1am barulah kami bertolak ke destinasi... hmmm. Bertemankan mr Gimie as backup driver dan peneman. MashaAllah!! Tenaga hubby Moose bersekang mata memandu di tengah malam membawa kami selamat tiba di Pekan Pengkalan Hulu. Alhamdullillah.
Memandangkan kami sampai benar2 di waktu subuh... jadual bertukar lagi. Hotel yang ditempah kami tundakan tarikhnya, dengan niat selepas majlis nanti barulah mahu berehat. Maka tempat persinggahan untuk basahan badan adalah di Masjid Jamek Pengkalan Hulu yang baru sahaja di buka sebulan yang lalu. Tidak menjadi masalah kerna pengalaman merantau membuat kami lebih ringkas dan bersedia dengan kelengkapan persalinan. hehe.
Majlis Pertunangan miss Hazirah & mr Izzat yang membawa team 1stVerse jauh menuju ke sempadan negara. Sesekali bagus juga ya.... sambil bekerja dapat juga berjalan2. hiks!. Miss Hazirah adalah kenalan mrs Farah Aliah. Menurut cerita pasangan juruakaun dan juruaudit, mereka mengenali 1stVerse atas cadangan mrs Farah.. {owh.. thanks you!}. Maka pertama sekali pasangan ini mengenali karya 1stVerse sebelum bertemu dengan tenaga di sebalik tabirnya. erm.. seingat saya banyak juga cerita yang sempat kami bersembang semasa taaruf tempoh hari. owh..miss Hazirah pula agak sibuk kerna sentiasa outstation...so we all hanya berhubung melalui sms. Kalau nak bersembang...memang sampai malam tak habis cerita. hehe.
okay.. menjejak kaki ke kediaman miss Hazirah..amat menyenangkan. Ibunya seorang yang peramah dan keluarganya sangat baik hati melayan kami dengan makanan yang enak2 belaka. hiks!! {eh..eh.. terasa seperti berkunjung ke negeri Kedah pula...sebab penduduknya tidak mempunyai pelat yang saya tidak faham. hehe}. And deeply thanks to mr Gimie yang sudi menemani dan membantu kami. Untung juga dapat menjejak kaki ke Siam kan? hehe. btw gambo2 nie fresh from Cyana's Niko. {sabar ya menanti official pics from Moose's Niko pula}.
miss Hazirah...puteri sulung.
Potret di sebelah adalah Abang Ngahnya yang berada di London...
tak dapat pulang untuk majlis ini. {layan gmbo jek la ek}
cute!
breakfast for US
hantaran by fiancee
sesi touch up
oleh cik andam Munirah
sweetie pink princess
tersenyum jek!
eh... bertukar menjadi mak andam? hehe
menyiapkan bonda pula
Best buddies!!
owh..cik andam yang over-excited. hiks!
hugs teddy bear jek??? hihihi
happenin' sisters... tak susah bila berdepan dengan camera
makanan yang tersedia rapi oleh penduduk kampung
mr OPs in the row
adik bongsu yang paling sibuk
ketibaan rombongan tunang dari Kuala Lumpur
perbincangan sedang dijalankan
mr Izzat's family
hantaran from fiance
doa kesyukuran setelah mendapat kata sepakat
sarungan cincin oleh bakal ibu mentua
with ibu2 tercinta
with insan tercinta
with bakal keluarga... InshaAllah
with her fiance's family
with friends
cutie nephew
makan tyme!!!! lauk pauk yang sangat sedap!!!!
dah kenyang? mr fiance in smile!!!
ready to go home... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur masih jauh.
harus pulang lebih awal untuk mengelak kesesakan lalulintas
miss Hazirah with her bestfriend
tiga serangkai yang tak dapat di pisahkan
sesi pose selepas tetamu beransur pulang.. hehe
owh..live update at FB.. hmmm
memandangkan hari masih muda...
ditambah sedikit pose di sekitar kediaman
miss Hazirah yang kini berdarah manis gula... hehe
gaya model kereta
gaya model jam pula.. kiddin' ya.
to miss Hazirah & mr Izzat....Selamat Melangkah ke Alam Pertunangan. Semoga hasrat kalian ke jinjang pelamin akan dipermudahkan. Terima Kasih kerana melantik 1stVerse untuk merakam majlis pertunangan ini. Terima Kasih juga di atas layanan yang baik sepanjang kami berada di sana.
No comments:
Post a Comment