Assalaam alaykom... sejenak hati rasa tenang pabila menatap wajah comel milik anak Pattani yang hanya kenal kota mainannya. Berada di rantauan mungkin bisa mengutip pengalaman manis namun tidak semuanya indah belaka. hmm. Gembira hati dapat merakamkan potret sebegini. Kerna itu saya bisa tersenyum girang.
Kerna kesabaran yang diperlukan walau sebenarnya diri berada dalam keadaan yang kurang stabil. Demam menyerang tiga hari yang lalu. Kebetulan pula terpaksa berada di lingkungan udara berhawa dingin... grrrr!!!! makin rancak batuk dan selesema. Namun tugas tetap perlu dilaksanakan. Maaf, mungkin gmbonya tidak serancak mana kerna mrs photog terpaksa bertarung dengan kesihatan diri. erm..seingat saya lama juga tidak terbaring dek demam. Bila demam melanda... ubatnya bukan panadol atau doktor pakar. Hanya orange juice dan mahu bermanja dengan insan terchenta.. hehe. Maksudnya hubby Moose perlu mengelap wifeynya dengan ais bagi meredakan suhu badan. hiks.
I'll load more and more pics... dari majlis gemilang dengan percikan bunga api di Bandar Klang dan majlis pertunangan di Pengkalan Hulu, nun jauh menghampiri sempadan negara. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment