Saturday, February 12, 2011

* Keinginan WANITA *

my lastest pic by hubby Moose

Assalaam alaykom... terpanggil juga untuk saya meluah kata mengenai hal ini. Hal yang tak mungkin saya sendiri menjawab tentang statusnya. hmm. Ya benar! I'm a planner...suka merancang sesuatu jika diberi tugasan agar semuanya mahu dilihat sempurna dan berjalan lancar. Tetapi bagi hal ini saya sama sekali TIDAK pernah merancang... malah setiap kali saya akan berdoa agar dikurniakan seorang cahaya mata. Mungkin ALLAH swt lebih mengetahuinya. Mungkin belum rezeki keluarga saya.. Itu jawapan yang static jika anda bertanya. Saya letakkan rezeki di tanganNYA. Saya hanya mampu berusaha dan terus berusaha.

Saya pernah juga meluahkan hasrat ini tahun lalu di entry "Naluri seorang Wanita". Ada yang pernah memberi nasihat.... saya perlu kurangkan aktiviti, saya perlu bergerak dengan kadar yang sederhana...{jangan jalan macam kartun} saya perlu berehat, saya perlu mengambil cuti, saya perlu honeymoon, saya perlu merehatkan minda, saya jangan terlalu stress, saya perlu mengawal permakanan, saya perlu makan sayur, saya harus minum air masak... hmmm. Terima kasih di atas semua nasihat anda yang tidak pernah jemu menasihatkan saya yang agak DEGIL ini. eh..eh, nampak jek kepala selalu angguk tetapi saya seorang yang degil rupanya. hehe.

owh.. bukan kerna saya mahu terus berdegil.huhu. Benar penambahan berat badan saya juga ketara.. tetapi itu hanyalah penambahan lemak. hiks. Tetapi saya berpijak pada paksi semasa... paksi kehidupan yang nyata. Bagaimana saya harus berehat? Bagaimana bisa saya kurang aktif? Jika bercuti, saya masih dalam status bekerja. Kerna pendapatan keluarga saya adalah perniagaan sendiri. Jika tidak bekerja, bagaimana mampu kami menjana pendapatan. Saya percaya rezeki datang dariNYA.. ALLAH swt MAHA Mengetahui. Yang penting faktor utama bukan masalah permakanan. MAMA juga dahulu pernah bersabar selama 5 tahun untuk mendapat cahaya mata pertama.. hmm. Alhamdullillah rezeki keluarga kecil saya mengembangkan perniagaan yang diterajui hubby Moose, rezeki saya mendapat imbuhan dari syarikat hasil prestasi kerja tahunan.... Cuma belum rezeki keluarga saya untuk mendapat zuriat.

Percayalah, saya juga wanita yang mempunyai keinginan menjadi anak yang mampu menjaga kebajikan orang tuanya, menjadi isteri solehah, mempunyai cahaya mata dan menjadi ibu yang baik...Saya percaya rezeki dan ketentuan milik YANG MAHA KUASA. Mungkin belum sampai masanya. Namun KAMI akan terus berusaha dan berusaha.. InshaAllah. Terima kasih kepada semua yang terus berdoa untuk keluarga kecil saya. Semoga kita akan terus berada di bawah limpah kasih sayangNYA. Ameen.

2 comments:

  1. Oh! imbuhan itu telah diterjemahkan dalam bentuk barangan ya? Imbuhan Abg Bob dah jadi angin lalu... Tapi tetap bersyukur, dengannya banyak yang dapat diselesaikan. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Cik... rezeki saya di Admin, dpt juga belanjakan apa2 yg patut. hehe.

    ReplyDelete