Date: 12th February 2011
Location: Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam
Location: Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam
Assalaam alaykom... diam tak diam masa pantas berlalu. Seingat saya program futsal BERNAS baru sahaja berlalu. Rupanya kali terakhir yang dianjurkan Futsal KBM HQ pada November 2009. owh... teringat juga saya program itu sebenarnya kemunculan pertama saya sebagai mrs emcee berganding bahu dengan mr Faizal. Juga penglibatan saya dengan aktiviti kelab syarikat.. hehe. Kini mr Faizal telah menggalas tanggungjawab sebagai YDP KBM HQ, maka tugas emcee telah diserahkan kepada saya. erm.. banyak lagi yang perlu dipelajari..inshaAllah saya akan memperbaikinya dari masa ke semasa.
Kejohanan Futsal BERNAS KBM HQ telah berlangsung dengan jayanya di Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam. Walaupun sedikit jauh dari ibu negara, namun tempatnya selesa dan mempunyai saluran udara yang baik. hehe. Menariknya penyertaan kali ini melibatkan pasukan antara tingkat di HQ, pasukan SaveMore dan pasukan dari BSS Klang. Cuma penglibatan pasukan wanita yang menyusut... mungkin ramai yang ada hal lain yang tak dapat join, ada pula yang aktif kini sedang berbadan dua. hehe. {next tyme ek... hiks!}
Kejohanan ini bertujuan memilih pemain2 terbaik untuk mewakili pasukan KBM HQ ke Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan yang bakal diadakan di Kuching Sarawak pada bulan April nanti. {kantan... akak tak dapat ler mau join trip taman negara tu.. huhu}. First of all, selaku program coordinator... special thanks to mr Serituah as our Program Manager dan barisan AJK yang memberi komitmen yang tinggi dan sama2 berganding bahu untuk menjayakan program ini. To all players and supporters... you all memang BEST!
No comments:
Post a Comment