Assalaam alaykom buat penggemar masakan Penang. Satu lagi warung makan yang bley saya perkenalkan iaitu warung nasi di hadapan rumah pangsa Taman Free School yang terkenal dengan nasi tomatonya. Mulanya dahulu, warung ini hanyalah kereta roda tiga, hanya menjual nasi tomato dan menyediakan air mineral. Kini warungnya telah di perbesarkan, menjual nasi putih dan nasi tomato dan juga menyediakan minuman. Yang penting teh aisnya yang sedap. ahaks.
Warung ini berdekatan dengan Penang Free School..dan ramai juga pelajar yang berkunjung ke sini. Warung nasi ini hanya di buka pada waktu malam. Bagaimanapun lokasinya yang strategik di tepi jalan...dan mempunyai ramai pengunjung berbangsa Cina. Masakannya sedap dan jika anda mahu rasa gulai Penang... bleylah berkunjung ke warung ini.









Benar orang kata... Penangian kaki makan. hiks!.
Besarnya telur ikan tu Cyana..
ReplyDeleteKak Yan.. saya tengok jek, sbb besar sgt... takut makan tak abis. hehe
ReplyDelete