Sunday, February 27, 2011

* beautiful February *

Assalaam alaykom... quick update sepanjang bulan Februari. Terasa sekejap sahaja bulan2 berlalu... esok lusa suda masuk ke Mac pula. hmm. Maka lebih mudah saya membuat summary bagi diari Februari. Bercerita dengan gmbo ya lebih mudah dan lebih menghiburkan jiwa. pic courtesy from mr BB and FB collections. erm... Mohon halalkan yer saya copy gambo2 anda.

menu makan kebiasaannya di Qaseh yang terletak berdekatan dengan ofis insan terchenta. {pity hubby Moose selalu makan nasi bungkus saja.. opps!}

his & mine!!! selera hubby Moose sentiasa bertukar2...
cuma wifeynya masih berselera static. hehe

owh.. havin' lunch makanan Arab yang berdekatan dengan ofis

erk??? so not ME!!!! lucky ada nasi+ayam yang sedap. hehe

and havin' lunch with procurement team

same drink eh? opppss!

nasi goreng for me {selera tekak Melayu sungguh.. hiks}

plus ayam goreng yang sedap juga. HAPPY!

well well... bulan Februari membawa rezeki kepada hubby Moose juga. Promedia Production diberi mandat menyediakan servis MCP di konsert Maher Zain.. while hubby Moose menjadi salah seorang dari barisan backin' vocal(BV). Maka bermulalah jadual yang memisahkan kami berdua dengan dunia yang berbeza. Seminggu awal BV sudah mula mengadakan latihan vokal... erk??? memandangkan ramai yang bekerja, so latihan di adakan pada sebelah malam.

cutie lil' girl...peneman brother Amin di studio

hari pertama di sesi latihan di studio Inteam

then sesi latihan seterusnya di studio Akakarya

hubby Moose with brother Maher Zain
{janggut ada sama loe... hehe}

sepanjang ketiadaan wifey, brother Zimy yang teman hubby Moose.
thanks brother.

owh.. mrs Cyana terbang ke utara

menginap di Holiday Villa

permandangan dari atas bilik....
erk. first tyme travel without mr Niko. huhu

katil yang kurang best... bantal tak best!!!!! {sakit tengkuk den}

my fav greeny leaves

breakfast nasi lemak and ommelette

dinner... char koay teow and burger

then layan bowling...adush! sakit kaki ler...
{banyak sangat lemak terkumpul.. ahaks}

pulang ke hotel ketika malam menjelang

day 2... koay teow lagi.. hehe

then mr driver baik hati bawa saya ke kopitiam.. maka makan lagi.. hehe

my dinner... layanzzzz!

as usual..singgah ke Pekan Rabu untuk sedikit kudapan

day 3.. nasi lemak again. tak banyak variasi makanan di hotel nie. huhu

last but not least... pose di bilik orange!!! hehe

happy bila dapat tiket untuk menonton insan terchenta menyanyi.. hehe

here I am... at concert!

sista Farah... pengacara favourite.. hehe

owh.. that's HIM!!!! sorry yer.. hanya guna mr BB sahaja..
quality agak malap di waktu malam

insan terchenta in the row!!! awesome BVs!

pose with my Artist! ahaks!

owh... selain sibuk dengan BV, hubby Moose juga sibuk dengan menjadi BTS cameraman untuk Promedia Production

barisan orang2 kuat Promedia Production. Bravo! Bravo!! Good work!

dan dikala wifey dibuai mimpi... hubby Moose sibuk menyiapkan mrs Zety's preweddin' slideshow di ofisnya... huhu. Jika dulu, buka mata masih bisa kelihatan bayang2 hubby Moose. Kini? ala2 tidur di hotel pabila outstation.. huhu. {erk.. patut Mucab makin kurus jek.. keje siang malam}

while hubby Moose sibuk di stadium...
mrs Cyana sibuk di dewan untuk menata majlis resepsi...
mrs Event Coordinator a.k.a Floor Manager yang bertugas tanpa insan terchenta. huhu.

mrs Cyana perlu tabah! perlu cekal! perlu independent!!!
YES!!!! I CAN DO IT!!!!
MashaAllah... beautiful February! Syukran!



* SYUKRAN to ALL *

happy family @ mrs Zety's reception

Alhamdullillah... selesai tugasan di majlis resepsi mrs Zety & mr Shahril. The Wayfarers di beri tanggungjawab sebagai Event Coordinator bagi memastikan majlis berjalan seperti perancangan. Bagi majlis keluarga, pertama kali saya bertugas tanpa hubby Moose di sisi. maka gmbo pun tanpa pasangan.. but i'm happy pabila semua yang hadir bisa mengukir senyuman. Syukran to ALL yang sama2 membantu memastikan majlis berjalan lancar. {yg best sebab temanya lilac!!!! my fav color too!!!}

Comin' up NEXT?
Cerita sekitar majlis pernikahan mrs Zety & mr Shahril. See ya'.

* THINK *

cutie yang membuat hati saya gembira... tiada berkaitan dengan cerita

Assalaam alaykom.... berehat di hujung minggu sangat menyamankan. Kerna hari2 minggu jarang sekali saya dapat berehat sambil menonton tv. Yang pasti rancangan kegemaran adalah "berita". Saya jarang2 membeli surat khabar, apatah lagi membaca. Selalunya sumber alternatif yang di rujuk adalah "online newspaper" atau berita. Mendengar lebih mudah... buka sahaja volume yang lebih kuat, membolehkan kita membuat dua kerja dalam satu masa.

Seperti sedia maklum, "berita" terhangat di negara adalah DUA PRK yang bakal menjelang.. Kerdau dan Merlimau! maka setiap satu intipati "berita" adalah mengenai habuan2 yang bakal diterima sekiranya pengundi memilih parti pemerintah. Apa isunya? Sebagai pemerhati...saya terasa adalah sangat bosan kerna "berita" sarat dengan cerita di kawasan mengundi. Apakah berita lain kurang pentingnya? Apakah rakyat lupa yang selama ini perti pemerintah telah banyak memberi manfaat kepada rakyatnya... owh.. mungkin lebih manfaat kepada pemerintahnya. Apakah rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang habuan2 yang bakal di terima? Apakah ini lebih menjurus kepada ketidakadilan? Cuba fikir secara neutral... Jika benar parti pemerintah ADIL & SAKSAMA... kenapa "berita" hanya memuatkan cerita dari sebelah pihak? Sedangkan yang mahu bertanding nanti adalah dari dua parti yang berbeza.

Maaf jika keras teguran dan kata2 saya. Saya hanyalah pemerhati kecil yang bukan bijak tentang ekonomi secara amnya. Namun saya berharap ANDA-ANDA yang menjadi wakil2 yang telah dipilih rakyat lebih intelektual dalam menyampaikan pendapat atau kata2. Mungkin ketika anda berucap, anda menyampainya kepada rakyat di luar bandar yang tidak ada sumber rujukan alternatif lain... Tetapi kata2 ANDA menunjukkan tahap pemikiran ANDA.

Rakyat sebenarnya kurang faham tentang pembahagian kuasa kerajaan negeri dan pusat. Mungkin kata2 ugutan dari ANDA, membuatkan saya faham.. "Pengundi WAJIB pangkah parti pemerintah negara!!!". Jika tidak.... penduduk di situ akan diabaikan dari segi pembangunan yang telah dilaksanakan terdahulu. Semua projek2 akan diberhentikan, kerna parti pemerintah tidak akan lagi memberi sokongan terhadap projek tersebut. huh! Apa salahnya jika pembangkang menerajui kawasan tersebut dan menyambung kesinambungan pembangunan yang telah dijalankan sebelum ini?

Seorang lagi berbicara tentang ISLAM. Adakah ISLAM di takrifkan melalui harta? ISLAM menyuruh kita berbaik dengan semua tak kira apa sekali agama mereka. Adakah salah jika saya memeluk kawan sejantina tetapi berlainan agama? hmm... enough said! Fikirkan!

Saturday, February 26, 2011

* mr Moose LIVE in MH Concert *

Maher Zain by brother Zimy @ FB

pic courtesy by Fairuz Frz @ FB

Assalaam alaykom... semalam hati sangat gembira. Menerima kenaikan tahunan membuat saya lebih bersemangat untuk bekerja. Tak kira sedikit atau banyak... menerima rezeki seadanya. Dan walau hubby Moose sibuk, beliau sempat hantar pulang VIP tiket untuk wifeynya menonton Maher Zain Live in Concert. Teruja kerna mahu melihat hubby Moose yang beraksi di tepi stage bersama team BV. hehe.

Alhamdullilah... konsert berjalan lancar dan sambutan dari penonton menggalakkan. brother Maher menyanyikan hampir keseluruhan lagu dari albumnya, ditambah dengan lagu baru FREEDOM yang pertama kali dinyanyikan. Kemudian atas permintaan peminat, beliau sekali lagi menyanyikan lagu Freedom, Rest of My Life dan InshaAllah berkali2.. cover sume versi. hehe. Kehadiran bersama kumpulan Inteam sebagai pembukaan konsert, brother Irfan Makki, esklusif brother Padli dari band Padi yang menyampaikan InshaAllah berduet dengan brother Maher Zain.... dan brother Mesut Kurtis yang membawa kanak2 naik stage untuk lagunya. Salah seorang kanak2 adalah our lil' Mia.... daughter of brother Muadz & sista Susi.

Personally, saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan konsert. Setelah lima hari mereka bertungkus lumus... ianya berbaloi. SUPERB!!!!! Team BV's memberi impak vokal yang sangat baik!! Awesome. Barisan pemuzik juga sangat best!!!! Tenaga kerja semuanya komited. Congratulations to ALL!!! Malam ini harapkan perjalanan yang lebih baik untuk semua. InshaAllah.

And make du'a for me & the Wayfarers yang akan berada di Dewan Seri Siantan Putrajaya atas tugasan menguruskan majlis resepsi perkahwinan. :)

To my dear hubby Moose... nanti CYG nyanyi sedap2 tau. Keep up your good work. Semangat tengok CYG nyanyi walau Cie tau CYG lety...ada movement, siap pegang mic, yang penting FEEL!!!! Keep on rockin' CYGku!!!


Tuesday, February 22, 2011

* my LUCK *

bts @ miss Farah's engagement

miss Farah: kak shana...ade cerita comel on my e-day...ade sorg autie fara igt kak shana belum kawen....suh kenalkn ngan ank dia..then my mom said "eyh dia isteri org...tu yg fotografer tinggi husband dia" dia igt kita sebaya..heeeeeeeeeee ;)

mrs Cyana: kelakar la plak... salu ramai gk yg tk tau fotografer tinggi tu husband akak. hehe. pernah ada org tgk semcm jek bila akak peluk abg moose. hahaha.

miss Farah: hehehe rasanya diorg tak caye akk da kawen kowt..mcm makcik fara...bleyh plak dia kata "muda lagi da kawen..klau sebaya fara, lagi muda dari fara la dia da kawen..." hehehe gelak fara time tue...

Komen mrs Cyana: Umur saya 32 tahun la aunty. hehe. Abg beso tu husband saya. {rindu hubby Moose!!! rindu sangat!}

ahaks!! Saya juga sedang tersenyum sinis sebenarnya. Kebiasaannya hanya client a.k.a pasangan pengantin atau bakal pengantin yang tahu kami pasangan Suami Isteri. Kebiasaan juga saya melihat wajah2 memandang sinis kerna saya memeluk hubby Moose ketika bertugas. well well.. bukan sengaja mahu peluk2 kan... Saya terkadang agak susah nak terangkan gaya2 untuk tujuan bergambo. Maka... untuk memudahkannya saya akan menunjukkan contoh. Maka insan terdekat yang akan di jadikan sampel adalah hubby Moose a.k.a mr photog.

And at the end... dialog yang biasa kedengaran adalah "owh..suami isteri ker? patut bley peluk2" {bila lg mau romantika sket kan? ahaks}

Yang menarik, saya suka bekerja bersama hubby Moose kerna beliau komited dengan kerja. Walaupun kadang kala saya dimarah atas kesalahan yang remeh... tetapi itulah proses pembelajaran agar saya lebih cekal memegang mr Niko dan mencari angle terbaik untuk menghasilkan shot terbaik. Misi saya mahu menghasilkan gmbo2 yang di sukai pelanggan dan di puji oleh mr Boss. Mungkin mahu memuaskan hati hubbby Moose lebih sukar sebenarnya dari memuaskan hati pelanggan. hmm.

Sekurangnya saya bisa menghasilkan gambo dengan identiti sendiri. owh.. misi lain? mrs Cyana perlu mengurangkan berat badan... agar saya kembali berstamina dan bisa mendaki Gunung Kinabalu.. InshaAllah. {eh... nak kena beli kasut sport ek Kantan? atau Android pujaan Kenanga? mahu live update... tetttt!!!!}

luck saya bersaiz kecil mungkin :) hiks.

Monday, February 21, 2011

* Majlis Pertunangan | Farah & Fiziey *

Date: 19th February 2011
Location: Taman Damai Perdana, Cheras Selangor
Photographer: mr Moose & mrs Cyana

Assalaam alaykom to mr sunshine Fiziey & miss fiancee Farah yang telah berjaya melangkah setapak ke alam pertunangan. Bak pesanan keluarga, pertunangan ini lebih baik sekiranya dipercepatkan.. maka en Fiziey a.k.a pengasas ProMedia Production tidak lama lagi akan melangkah ke gerbang perkahwinan. InshaAllah. Menariknya majlis perkahwinan beliau tidak perlu lagi mengupah MCP, videographer, photographer, designer... semuanya bisa diurus sendiri. jimat eh! hehe.

Semoga impian akan terlaksana. mr Fiziey seorang businessman muda yang mengasaskan perniagaan berasaskan multimedia. Kini beliau melangkah setapak berganding bahu bersama mr Moose berkongsi pejabat bagi memastikan perjalanan perniagaan lebih meluas dan lebih teratur. Manakala miss Farah yang sentiasa manis mengukir senyuman merupakan siswazah tahun akhir di UIA, Gombak. owh..menariknya perkenalan mereka sebagai jiran tetangga.Siapa sangka bertemu chenta hati hanya di hadapan rumah. hehe.

Memilih persalinan berwarna biru turquoise... majlis pertunangan diadakan di kediaman miss Farah yang hanya selang sebuah rumah berhadapan dengan kediaman bapa saudara mr Fiziey. Apapun tahniah buat kalian berdua. {kekangan menggunaka mr HP... tiada photoshop.. huhu}

the location

the twin sister

the REMINDER notes!!

miss fiancee yang sudah siap bersolek seawal jam 10 am

sweety Farah yang sentiasa mengkir senyuman

her mr sunshine

the handbouquet

happy girl!

with her sister

with friends

with granny & aunties

with kids

with her family

sarapan pagi disediakan

bersedia menunggu tetamu

aiyoo... ada ultraman!

persiapan terakhir.. mengatur hantaran

meanwhile... mr Fiziey sedang sibuk di rakam

hantaran for miss fiancee

with his sisters

ready?




bersalaman bakal bapa mentua.. hehe

hantaran yang menyerikan majlis

antara ahli keluarga yang hadir

tekun merakam setiap detik

sarungan cincin oleh ibu tunangan

with her mother and future mother in law

the ring

eh.. eh.. mr Fiziey pun dapat cincin

tunang mr videographer dibuli

mr photog and mr videoman

tersenyum malu

with parents

miss Farah's family

mr Fiziey's family

sebahagian family mr Fiziey dari Besut Terengganu

Kebiasaannya we all bekerja bersama di majlis orang.. terasa janggal pula pabila rakan kongsi sendiri yang dirakam.. hehe. Anyway... Happy for you both!!!