Assalaam alaykom.. pagi nie terasa masih lagi sejuk... almaklumlah bila penghujung tahun Malaysia akan mengalami musim tengkujuh. Bila musim tengkujuh, negeri pantai timur yang kebiasaannya dilanda banjir yang teruk. Semalam saya sempat mendengar berita negeri Terengganu & Kelantan banjir semakin teruk, sehingga boss saya juga sudah mula resah mungkin tidak bisa pulang ke kampung halaman disebabkan banjir. Aidiladha yang bakal menjelang nie kebiasaan negeri pantai timur sambutan lebih meriah berbanding pantai barat. Simpati juga kepada pelajar2 yg sedang menduduki SPM & STPM yang terpaksa meredah banjir dan tidak selesa menjawab kertas exam.
Seperti biasa juga kalo dirumah tepat jam 8 mlm saya akan menonton berita. mungkin saya kurang gemar membaca, lebih suka mendengar..so berita utama pasti saya tidak ketinggalan. Tetapi berita utama yang diberitakan adalah cerita krisis politik! huh!!! tidak saya nafikan politik negara juga penting, tetapi bencana yang melanda negara juga adalah penting. hanya tajuk keEMPAT, barulah banjir dikhabarkan. huh!!!! yang pasti rakyat Kelantan terutamanya menerima tempias hebat seperti biasa.. sudah la tidak mendapat bantuan persekutuan, cerita politik di sana lebih mendapat tumpuan dari cerita bencana yang melanda.
well..saya juga pengikut perkembangan politik, tetapi cerita2 politik di TV utama adalah lebih "annoying", sorry to say. dikhabarkan juga kerusi Kota Seputeh kosong, maka bakal berlaku lagi pilihanraya kecil... pasti setiap hari selama 2-4 minggu cerita politik saja. huh! bowink.
salah satu cerita banjir semlm.. bot bomba yang terbalik ketika operasi menyelamat. Saya doakan mangsa2 banjir tabah menghadapi dugaan pd kali ini. Akhirnya saya terus melelapkan mata dan zzzzzz.... :)
No comments:
Post a Comment